awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027

Bernama
Bernama
17/05/2024
16:34 MYT
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat. - Foto REUTERS
BANGKOK: Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 di sini pada Jumaat, lapor Xinhua.
Brazil menerima 119 undi daripada Kongres, mengalahkan bidaan bersama Belgium, Belanda dan Jerman yang memperoleh 78 undi.
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
FIFA sebelum ini menerima dua tawaran awal untuk menjadi tuan rumah acara 2027 itu, iaitu bidaan bersama oleh Amerika Syarikat dan Mexico dan bidaan tunggal dari Afrika Selatan tetapi kemudian mereka menarik diri untuk memberi tumpuan kepada bidaan untuk kejohanan pada tahun 2031.
Piala Dunia Wanita FIFA 2023 telah diadakan di Australia dan New Zealand, di mana Sepanyol merangkul gelaran juara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#tuan rumah
#Piala Dunia Wanita
#fifa 2027
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan