awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia yakin dengan pendekatan kesederhanaan perangi keganasan

Bernama
Bernama
06/03/2017
15:04 MYT
Malaysia yakin dengan pendekatan kesederhanaan perangi keganasan
ANIFAH: Malaysia percaya kesederhanaan adalah pendekatan penting yang merangkumi semua aspek untuk membanteras pelbagai bentuk ekstremisme. - Gambar fail
Malaysia percaya kesederhanaan adalah pendekatan penting yang merangkumi semua aspek untuk membanteras peningkatan pelbagai bentuk ekstremisme termasuk keganasan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini.
Beliau berkata dengan mengamalkan pendekatan ini akan membolehkan dunia merapatkan jurang perbezaan dan menyelesaikan pertikaian secara aman kerana kesederhanaan menekankan kepada saling menghormati, persefahaman, toleransi dan keterangkuman.
"Malaysia turut menyokong Deklarasi Mencegah dan Membanteras Keganasan serta Ekstremisme, memandangkan keganasan merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, katanya pada Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA), di sini, hari ini.
Anifah dan para pegawai kanan kementerian luar menghadiri mesyuarat peringkat menteri untuk Sidang Kemuncak IORA yang bermula hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan pernyataan Malaysia semasa sesi perbahasan pada sidang kemuncak esok.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Anifah Aman
#ekstremisme
#IORA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan