awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Filipina terus jalin kerjasama erat

Bernama
Bernama
01/11/2016
05:43 MYT
Malaysia-Filipina terus jalin kerjasama erat
Kedua-dua negara mencatatkan jumlah dagangan sebanyak AS$5 bilion pada tahun lepas dengan jumlah eksport Malaysia ke Filipina bernilai AS$3.3 bilion manakala import sebanyak AS$1.7 bilion. - Gambar fail
Malaysia dan Filipina terus menikmati hubungan dua hala yang erat dan mesra walaupun terdapat pelbagai cabaran politik yang berlaku terutama di sekitar Laut Sulu di Selatan Filipina.
Duta Malaysia ke Filipina Datuk Razlan Abdul Rashid berkata isu-isu keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang serta kebimbangan khususnya yang berpunca daripada aspek berkenaan, boleh diselesaikan dengan semangat ASEAN.
"Kedua-kedua kerajaan serta kepimpinan tertinggi politik mempunyai hubungan baik yang memperlihatkan transformasi positif kerana hubungan diplomatik kedua-dua negara bermula sejak berdekad dahulu," katanya.
Razlan berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dari lima universiti awam yang membuat lawatan Akademik dan Strategik Ketenteraan di sini selama tiga hari, di kediamannya di sini, malam tadi.
Tuanku Syed Faizuddin selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Ketri, Padang Besar, Perlis yang mengetuai delegasi itu diberi taklimat keselamatan oleh Ketua Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) yang berpangkalan di Cotabato, Mindanao Mejar Jeneral Datuk Zamros Mohd Zain dan Penasihat Pertahanan di Pejabat Kedutaan di Manila, Kolonel Hamzah Ali.
"Kita mempunyai hubungan pelbagai dimensi dan kerjasama dengan Filipina merangkumi banyak bidang khususnya pertahanan dan keselamatan selain ekonomi," kata Razlan.
Beliau memberitahu Bernama, kedua-dua negara mencatatkan jumlah dagangan sebanyak AS$5 bilion pada tahun lepas dengan jumlah eksport Malaysia ke Filipina bernilai AS$3.3 bilion manakala import sebanyak AS$1.7 bilion.
Katanya tahun lepas menyaksikan lebihan dagangan sebanyak AS$1.6 bilion dan negara itu merupakan rakan dagang Malaysia kelima terbesar dalam kalangan negara ASEAN.
Razlan berkata kerajaan Filipina sangat mengalu-alukan lawatan ini kerana ia memberi kebaikan kepada Malaysia dan Filipina dalam pelbagai bidang serta mempunyai kepentingan bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#hubungan diplomatik. ASEAN
#kerjasama ekonomi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan