WASHINGTON: Amerika Syarikat dijangka dapat mengawal pandemik COVID-19 pada awal tahun depan sekiranya kadar vaksinasi meningkat.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Institut Alergi Nasional dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci menerusi satu kenyataan.
Kenyataan ini juga dibuat 24 jam selepas Pfizer diberi kelulusan penuh pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA).
Jelasnya, kelulusan itu mampu membuka ruang untuk lebih ramai individu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Kadar vaksinasi di Amerika Syarikat juga dijangka meningkat dengan kemungkinan kelulusan penuh FDA terhadap vaksin Moderna dan kebenaran untuk menginokulasi kanak-kanak menjelang musim luruh.
Fauci turut menggesa individu yang masih belum menerima vaksin untuk menyedari bahawa mereka memiliki kemampuan untuk mengurangkan jangka waktu ke akhir pandemik.
Sebelum ini pihak berkuasa menggesa majikan swasta dan lebih banyak kerajaan negeri serta tempatan mewajibkan kakitangan mendapatkan vaksin.
Dalam pada itu, White House sedang membuat persediaan untuk memberikan dos penggalak atau suntikan booster mulai pertengahan September kepada rakyat AS yang menerima vaksin lebih dari lapan bulan lalu.
Astro Awani
Wed Aug 25 2021
Amerika Syarikat dijangka dapat mengawal pandemik COVID-19 pada awal tahun depan sekiranya kadar vaksinasi meningkat, kata Dr Fauci. -Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Anthony Fauci bersara Disember ini
Fauci akan bersara selepas lima dekad berkhidmat dalam perkhidmatan awam Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Anthony Fauci disahkan positif COVID-19
Dr Anthony Fauci, wajah di sebalik usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani pandemik COVID-19, akhirnya kecundang selepas disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Wabak koronavirus masih belum berakhir - Fauci
Sekiranya virus terus mereplikasi di merata dunia, sentiasa ada ancaman varian baharu yang akan muncul.
COVID-19: AS terus gesa rakyat ambil dos penggalak
Ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik terhadap peningkatan kes varian Omicron.
COVID-19: Rakyat AS digesa ambil dos penggalak kekang penularan Omicron
Dr Anthony Fauci berkata ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik dalam menangani peningkatan kes varian Omicron.
COVID-19: Dos penggalak berkesan terhadap varian baharu
Data menunjukkan dos penggalak meningkatkan dengan ketara tahap antibodi terhadap varian-varian baharu virus itu.
COVID-19: AS sahkan kesan kes pertama varian Omicron
Kes berkenaan ditemukan pada pesakit yang telah lengkap vaksin serta mengunjungi Afrika Selatan pada 22 November lalu.
COVID-19: AS tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron
Varian Delta kekal mendominasi jangkitan COVID-19 di negara itu.
Mansuh mandat vaksinasi: Fauci kesal keputusan Gabenor Texas
Keputusan tersebut akan melumpuhkan sistem kesihatan awam memandangkan vaksinasi adalah perkara utama ketika ini.