GENEVA: Sekurang-kurangnya 800,000 penduduk Myanmar terdesak memerlukan bantuan makanan dan keperluan lain-lain selepas Siklon Mocha melanda negara diancam konflik pada awal minggu ini.
Mocha membawa hujan lebat dan angin sehingga 195 kilometer sejam (km/j) ke Myanmar dan negara jiran Bangladesh pada Ahad lalu, dengan junta berkata sekurang-kurangnya 148 orang terbunuh dan laporan media menyatakan angka tersebut mungkin lebih tinggi.
Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ‘jejak kemusnahan’ berlaku di di seluruh Negeri Rakhine, Myanmar, sebuah wilayah yang menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya tinggal di kem perpindahan berikutan konflik etnik selama beberapa dekad.
Timbalan Pengarah Serantau WFP untuk Asia dan Pasifik, Anthea Webb menyatakan Mocha menyebabkan rumah ranap, jalan terputus akibat pokok tumbang manakala hospital dan sekolah telah musnah.
“Terdapat sekurang-kurangnya 800,000 orang terdesak memerlukan bantuan makanan dan lain-lain lagi,” katanya.
Webb berkata, WFP telah memulakan tindak balas sebelum Mocha melanda dengan mengerahkan penduduk Bangladesh dan Myanmar membuat persediaan awal serta bantuan wang tunai turut diberikan.
Katanya, sebaik saja siklon berlaku, agensinya telah bergegas memberikan bantuan makanan dan ‘bekerja sepanjang masa’ bagi menyambung sokongan kepada penduduk terjejas.
Di Myanmar WFP memulakan pengagihan makanan kepada keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Negeri Rakhine dan wilayah Magway yang terletak berdekatan.
Agensi itu menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 800,000 orang yang paling terjejas teruk di Rakhine, Magway dan Chin.
Bagaimanapun, terdapat kekurangan pembiayaan diterima dan telah memaksa WFP pada Mac lalu untuk mengurangkan nilai baucar makanan bagi pelarian yang tinggal di Kem Cox's Bazar, Bangladesh kepada AS$0.10 (RM0.46 sen) setiap hidangan.
“Kami perlu memotongnya sekali lagi pada Jun ini melainkan pembiayaan diperoleh,” katanya sambil menambah WFP memerlukan AS$56 juta (RM259 juta) sehingga penghujung tahun ini bagi membantu pelarian Rohingya di sana.
Sementara di Myanmar, agensi PBB itu memerlukan AS$60 juta (RM277 juta) untuk membantu 2.1 juta orang yang kehilangan tempat tinggal termasuk 800,000 orang yang terdedah dengan Mocha.
“Siklon itu telah memburukkan lagi keadaan sedia ada terhadap jutaan penduduk yang bergelut berdepan keadaan cuaca tidak menentu,” katanya. - AFP/Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 27 2023
Kelihatan kemusnahan yang terjadi akibat Siklon Mocha yang melanda bandar Sittwe di Rakhine, Myanmar, 19 Mei 2023. (Foto AP)
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
China sedia bantu negara terjejas akibat siklon Mocha
Siklon Mocha yang mendarat dan melintasi wilayah Myanmar pada Ahad telah menyebabkan bencana serius di banyak tempat.