awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa terjejas banjir kini berdepan ancaman penyakit

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2022
02:50 MYT
Mangsa terjejas banjir kini berdepan ancaman penyakit
Banjir itu adalah bencana terburuk akibat iklim dalam sejarah dunia dan kira-kira 1.4 juta rumah musnah akibat hujan monsun berkenaan. - Foto REUTERS
SHIKARPUR: Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran bahawa kekurangan bekalan air bersih menyebabkan peningkatan penyakit di Pakistan.
Akses kepada bekalan air bersih adalah masalah terbesar mereka yang cuba mencari makanan dan tempat tinggal.
Ia susulan banjir besar yang melumpuhkan satu per tiga kawasan di Pakistan sejak bulan lalu.
Sehingga kini 1,200 orang mangsa terkorban dengan 33 juta penduduk terjejas.
Banjir itu adalah bencana terburuk akibat iklim dalam sejarah dunia dan kira-kira 1.4 juta rumah musnah akibat hujan monsun berkenaan.
Sementara itu, Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata lebih ramai kanak-kanak berisiko mati akibat penyakit di Pakistan kerana kekurangan air bersih.
Anggaran kerugian susulan kemusnahan harta benda kini cecah AS$10 bilion.
Pakistan menghasilkan kurang daripada 1 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global tetapi geografinya menjadikannya sangat terdedah kepada perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#banjir
#penyakit
#air bersih
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan