awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mar-A-Lago, kediaman mewah Donald Trump diserbu ejen FBI

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2022
03:45 MYT
Mar-A-Lago, kediaman mewah Donald Trump diserbu ejen FBI
Trump memaklumkan serbuan tanpa amaran itu tetap berlaku walaupun beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan. - Foto REUTERS
FLORIDA: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menyerbu kediaman bekas Presiden, Donald Trump di Mar-A-Lago, dekat Palm Beach, Florida.
Menerusi satu kenyataan, Trump memaklumkan serbuan tanpa amaran itu tetap berlaku walaupun beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan.
Beliau turut menyifatkan serbuan itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Trump bagaimanapun tidak memperincikan berkenaan serbuan itu dengan hanya mengatakan kediaman mewahnya, Mar-A-Lago tersebut telah diserbu dan dipenuhi ejen FBI.
Beliau turut mendakwa agensi berkenaan turut memecahkan peti besi simpanannya.
Trump bagaimanapun tidak memperincikan berkenaan serbuan itu dengan hanya mengatakan kediaman mewahnya, Mar-a-Lago tersebut telah diserbu dan dipenuhi ejen FBI. - Foto REUTERS
Trump bagaimanapun tidak memperincikan berkenaan serbuan itu dengan hanya mengatakan kediaman mewahnya, Mar-a-Lago tersebut telah diserbu dan dipenuhi ejen FBI. - Foto REUTERS
"Kediaman indah saya, Mar-A-Lago di Palm Beach, Florida kini ditawan, diserbu dan dikawal oleh sekumpulan agen FBI," memetik kenyataan beliau.
Jabatan Keadilan AS (DOJ) ketika ini melancarkan siasatan peringkat awal terhadap tindakan Trump yuang didakwa mengeluarkan dokumen rasmi Presiden dan menyimpannya di kediaman beliau di Florida.
Perkara itu didedahkan pada April lalu oleh sumber yang mendakwa mengetahui mengenai isu terbabit.
Siasatan dimulakan selepas pentadbiran Arkib Negara dan Rekod Kebangsaan AS memaklumkan Kongres pada Februari lalu bahawa ia menemui kira-kira 25 kotak dokumen White House di rumah Trump di Florida dengan sebahagiannya adalah maklumat sulit.
Trump sebelum ini mengesahkan beliau bersetuju memulangkan rekod tertentu kepada pihak arkib, sambil menyifatkan perbuatannya sebagai sesuatu yang biasa dan hanya proses rutin.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#FBI
#Mar-A-Lago diserbu FBI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan