ROM:Mario Draghi atau "Super Mario" terima tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke 67 Itali.

Beliau akan angkat sumpah jawatan dalam satu istiadat mengikut SOP yang ketat hari ini.

Bekas Ketua Bank Pusat Eropah itu turut menamakan Kabinet beliau selepas menemui Presiden Itali.

Draghi mendapat sokongan hampir semua parti yang bergabung dalam kerajaan.

Beliau memegang kuasa selepas pentadbiran terdahulu lumpuh bulan lepas.

Politik Itali | Giuseppe Conte hilang sokongan


Kerajaan terdahulu bertelagah mengenai cara terbaik bagaimana menguruskan dana pemulihan COVID-19.

Ia kemudiannya menjerumus Itali ke kancah politik yang berpecah belah, diburukkan dengan kemelesetan ekonomi akibat sekatan pandemik COVID-19.

Maka, cabaran getir yang terpaksa ditempuhinya adalah memulihkan ekonomi Itali yang teruk dan krisis pandemik.

Untuk rekod, Itali catat lebih 93,000 kematian akibat COVID, yang keenam tertinggi di dunia.

Draghi, bukan sahaja mendapat sokongan dalam partinya, malah parti paling lama, Five Star Movement.

Beliau kekalkan pemimpin kanan dalam dalam Five Star Movement, Luigi di Maio sebagai  sebagai Menteri Luar dalam kabinetnya.

Begitu juga, kabinet beliau akan terdiri daripada pemimpin parti berhaluan kanan dan tengah kiri masing-masing sebagai Menteri Buruh dan Menteri Industri.

Sementara itu kerajaan akan berdepan undi percaya minggu depan, satu proses untuk mengetahui sokongan parti-parti yang ada dengan kepimpinan Draghi.