awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Itali lanjutkan tempoh darurat hingga April

Saraya Mia
Saraya Mia
13/01/2021
21:00 MYT
COVID-19: Itali lanjutkan tempoh darurat hingga April
Itali akan melanjutkan tempoh darurat sehingga April 2021 bagi mengawal wabak COVID-19 di negara itu yang sehingga kini tiada tanda akan reda. -Gambar fail
ROM:Itali akan melanjutkan tempoh darurat sehingga April 2021 bagi mengawal wabak COVID-19 di negara itu yang sehingga kini tiada tanda akan reda.
Menteri Kesihatan, Roberto Speranza pada Rabu berkata darurat yang mula dilaksanakan pada Januari 2020 dan dijadualkan tamat hujung bulan ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuat keputusan berhubung langkah menangani pandemik di negara itu.
“Sepanjang minggu lalu, keadaan epidemik semakin memburuk dan negara ini sudah kembali kepada fasa penularan.
“Oleh itu, kerajaan berpendapat adalah terbaik untuk melanjutkan tempoh darurat sehingga April 30,” kata Speranza di Parlimen.
Dalam pada itu, Speranza beranggapan bahawa vaksin mampu mengekang koronavirus, namun ia akan terus menular dan keupayaan untuk menjangkiti semakin bertambah, sekali gus memberi tekanan kepada kami sekali lagi,” tambahnya lagi.
Setakat Rabu, Itali mencatatkan lebih 2.3 juta kes positif dengan 79,819 kematian akibat COVID-19, negara kedua dengan jumlah kematian tertinggi di Eropah dan keenam tertinggi di dunia.
Topic Berkaitan
#Itali
#COVID-19
#darurat
#Roberto Speranza
#epidemik
#koronavirus
#kes positif
#jumlah kematian
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan