awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mark Zuckerberg kini 'centibillionaire', sertai Jeff Bezos dan Bill Gates

Agensi
Agensi
07/08/2020
13:18 MYT
Mark Zuckerberg kini 'centibillionaire', sertai Jeff Bezos dan Bill Gates
Zuckerberg menyertai pengasas Amazon, Jeff Bezos dan pengasas Microsoft, Bill Gates, yang turut berada dalam kumpulan itu.- Reuters
MARK Zuckerberg hari ini mencatat rekod peribadi bersejarah.
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook (FB) itu kini bukan sahaja seorang bilionair, tetapi juga sudah mencapai status centibillionaire.
Centibillionaire adalah individu yang bernilai sekurang-kurangnya AS$100 bilion.
Dia berjaya melepasi angka itu selepas saham di rangkaian sosial berkenaan melonjak.
Zuckerberg menyertai pengasas Amazon, Jeff Bezos dan pengasas Microsoft, Bill Gates, yang turut berada dalam kumpulan itu.
Zuckerberg mengasaskan Facebook dari bilik asrama ketika bergelar penuntut Harvard pada tahun 2004.
Dia kini merupakan pengerusi dan pemegang saham pengendali Facebook.
Kekayaan Zuckerberg meningkat apabila stok Facebook naik 6.5% pada hari Khamis, sehari selepas syarikat berkenaan melancarkan klon TikTok, Reels, di Instagram.
Khamis lalu, Facebook mencapai rekod baharu dengan 3 bilion pengguna di seluruh platformnya, termasuk WhatsApp dan Instagram.
Syarikat itu menyatakan ia mendapat keuntungan memandangkan keaktifan pengguna di seluruh dunia sejak Mac lalu, susulan perintah berkurung akibat wabak COVID-19.
Saham Facebook meningkat hampir 30% setakat ini tahun ini, sekali gus menyumbang kepada penambahan AS$22 bilion kepada kekayaan Zuckerberg.
Topic Berkaitan
#Amazon
#Bill Gates
#Centibillionaire
#Facebook
#Jeff Bezos
#Mark Zuckerberg
#Microsoft
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan