awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marriot International umum kebocoran data peribadi, 500 juta pelanggan terjejas

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2018
12:35 MYT
Marriot International umum kebocoran data peribadi, 500 juta pelanggan terjejas
Rangkaian hotel Marriott International pada Jumaat memaklumkan berlakunya insiden kebocoran data peribadi membabitkan sehingga 500 juta pelanggannya. -Foto Marriot.com
Rangkaian hotel Marriott International pada Jumaat memaklumkan berlakunya insiden kebocoran data peribadi membabitkan sehingga 500 juta pelanggannya.
Menurut laporan portal berita nbcnews, antara maklumat pelanggan yang terjejas termasuk nama, e-mel dan nombor telefon yang diakses melalui pangkalan data pada sistem tempahan pelanggan Starwood.
Rangkaian hotel terbesar dunia itu dalam satu kenyataan berkata ia berjaya mengesan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu pada 19 November di mana pangkalan data syarikat telah diakses sejak tahun 2014 lagi.
"Syarikat belum selesai mengenal pasti maklumat di dalam pangkalan data, tetapi kami percaya ia mengandungi maklumat sejumlah kira-kira 500 juta pelanggan yang membuat tempahan di premis Starwood," tulis kenyataan itu.
Maklumat lain yang terjejas termasuk kombinasi alamat pos, nombor pasport, maklumat akaun Starwood Preferred Guest, tarikh lahir, jantina, maklumat daftar masuk dan keluar, tarikh tempahan, dan pilihan komunikasi.
Topic Berkaitan
#500 juta
#hotel
#kebocoran data
#Marriott International
#pangkalan data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan