awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah obesiti, Britain kenakan cukai gula atas minuman ringan

Agensi
Agensi
06/04/2018
21:51 MYT
Masalah obesiti, Britain kenakan cukai gula atas minuman ringan
Levi industri minuman ringan itu disifatkan polisi hebat untuk mengurangkan pengambilan gula. - Gambar hiasan
Britain pada Jumaat menguatkuasakan cukai gula dalam minuman ringan sebagai salah satu langkah mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Cukai yang diumumkan pada Mac 2016 itu sudahpun membuatkan pengeluar minuman bergula mengurangkan kandungan bahan itu sehingga 45 juta kilogram setahun, ujar Perbendaharaan Britain.
Reuters melaporkan, lebih 50 peratus pengeluar telah menghasilkan formula baharu untuk produk masing-masing supaya berada di bawah paras kandungan gula yang ditetapkan.
“Golongan remaja kita secara purata mengambil gula yang banyak setiap tahun terutamanya daripada produk minuman, sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang trend obesiti di negara ini.
“Levi industri minuman ringan ini adalah polisi hebat untuk mengurangkan pengambilan gula, selain dapat membekalkan dana untuk program sukan dan acara sarapan berkhasiat untuk kanak-kanak,” ujar Menteri Kesihatan Awam, Steve Brine.
Akibat proses pembikinan semula formula itu, pihak Perbendaharaan menjangkakan levi meningkat hanya kira-kira 240 juta Pound pada tahun pertama, iaitu kurang daripada separuh berbanding unjuran awal sebanyak 520 juta Pound.
Pembuat minuman ringan seperti Coca-Cola, Britvic dan Lucozade Ribena Suntory telah mengubah semula formula mereka.
Sementara itu, peruncit seperti Tesco, Asda dan Morrisons juga telah menyusun semula formula produk minuman bergas mereka untuk menepati paras yang dibenarkan.
Topic Berkaitan
#Britain
#cukai
#gaya hidup
#gula
#Kanak-kanak
#levi
#minuman bergas
#minuman ringan
#obesiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan