awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih ramai ingkar perintah berkurung, Britain lancar kempen informasi besar-besaran

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2021
22:03 MYT
Masih ramai ingkar perintah berkurung, Britain lancar kempen informasi besar-besaran
Orang ramai berkumpul di perkarangan pusat vaksinasi COVID-19 di Hemel Hempstead, Britain. - Foto REUTERS/Paul Childs
LONDON:Britain melancarkan kempen informasi awam secara besar-besaran dalam usaha memastikan warganya mematuhi perintah berkurung yang dilaksanakan susulan peningkatan kes COVID-19.
Ketua Pegawai Perubatan, Chris Whitty mengetuai kempen dengan melakukan hebahan di media sosial dengan menasihatkan orang awam segera bertindak jika sudah dijangkiti virus itu.
England melaksanakan perintah berkurung pada Isnin lalu dengan arahan duduk di rumah, melainkan ada keperluan untuk keluar seperti membeli barangan, bekerja di perkhidmatan perlu atau bersenam selama sekali sehari.
BACA: COVID-19: PM Britain umum sekatan baharu di England
Bagaimanapun, kebanyakan orang di London masih dilihat beramai-ramai walaupun peraturan menghadkan hanya dua orang dalam satu keluarga dibenarkan keluar rumah.
Malah, ada penduduk yang masih sanggup mengambil risiko mendapat jangkitan di luar rumah, kerana mereka sudah penat berkurung dalam rumah sejak penularan virus pada Mac tahun lalu.
Dalam pada itu, Polis Wales dan England dilaporkan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana orang awam yang melanggar perintah kawalan pergerakan.
Pada Isnin, Britain mengenakan perintah berkurung kepada 56 juta rakyatnya selama enam minggu sehingga pertengahan Februari susulan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Britain
#London
#England
#perintah kawalan pergerakan
#perintah berkurung
#COVID-19
#media sosial
#polis
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan