awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
Letupan di Universiti HELP: PM Anwar mahu siasatan segera, menyeluruh dijalankan
Venezuela guna hasil jualan minyak perkasa sistem kesihatan - Presiden interim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid Al-Aqsa dibuka semula setelah dua bulan ditutup

Reuters
Reuters
31/05/2020
02:58 MYT
Masjid Al-Aqsa dibuka semula setelah dua bulan ditutup
Pengunjung perlu memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri sekiranya ingin mendirikan solat dalam kawasan Masjid Al Aqsa. -Reuters
Setelah dua bulan ditutup bagi mengekang penularan koronavirus, Masjid Al-Aqsa dibuka semula dengan menetapkan beberapa syarat sebagai langkah berjaga-jaga.
Ia sekali gus mengakhiri suasana suram buat umat Islam di Baitulmaqdis yang tidak dapat meraikan bulan Ramadan dan Aidilfitri selain mendirikan solat jemaah di masjid yang dianggap antara terpenting dalam Islam.
Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang merupakan penjaga bagi salah sebuah tapak suci umat Islam itu yang ditutup sejak 15 Mac lalu.
Menurut kementerian itu, langkah pembukaan diambil susulan penurunan kes COVID-19 di situ.
Pada Ahad, takbir bergema pada waktu subuh apabila ratusan umat Islam memenuhi Kota Lama Baitulmaqdis, lapor Reuters.
Namun, pengunjung perlu memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri sekiranya ingin mendirikan solat dalam kawasan masjid.
Kementerian bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada jumlah pengunjung dihadkan.
Tebing Gaza merekodkan 386 kes positif serta tiga kematian akibat COVID-19.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Baitulmaqdis
#COVID-19
#Gaza
#Israel
#Jordan
#Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam
#Masjid Al-Aqsa
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan