Sambutan Aidilfitri pastinya lebih bermakna buat masyarakat kampung Dusun Dasan Baru di Lombok Timur di sini apabila masjid baharu yang sedang dibina bakal siap dua hari sebelum Hari Lebaran.
Masjid baharu tersebut dibina di atas tapak masjid lama yang musnah akibat gempa bumi pada Julai tahun lepas.
Ketua Kampung Suherman Urun ketika menzahirkan terima kasih atas sumbangan masjid yang diterima masyarakat, tidak dapat menahan sebak kerana memikirkan kesusahan yang dialami penduduk kampung itu selepas tragedi gempa bumi berkenaan.
"Dengan adanya sumbangan ini, semangat meneruskan hidup (selepas gempa) kembali.
"Kita harus yakin kita akan dapat bangkit semula dan meneruskan kehidupan pada masa hadapan," katanya ketika ditemui selepas perasmian Masjid Ar Rahmah Nurul Iman, di sini semalam.
Masjid yang mampu menampung kira-kira 100 jemaah pada satu-satu masa itu, merupakan sumbangan rakyat Malaysia hasil usahasama Pasaraya Econsave, pertubuhan bukan kerajaan MyCARE, dengan kerjasama PKPU Human Initiative, Indonesia.
BACA: Gempa Lombok: 17 mangsa rakyat Malaysia selamat tiba
BACA: Gempa Lombok: Angka maut meningkat kepada empat orang
Pengurus Besar Pasaraya Econsave Wilayah Selatan Mas Imran Adam berkata pembinaan masjid kitu membabitkan kos RM100,000.
"Masjid yang mula dibina seminggu lepas, dijangka siap dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Kita harap masjid ini bukan sahaja akan menjadi tempat ibadah malah pusat aktiviti masyarakat di sini memandangkan kampung mereka agak jauh ke dalam," katanya.
Turut disumbangkan adalah seekor lembu dan seekor kambing bagi majlis berbuka puasa untuk kira-kira 300 hingga 400 orang.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian misi MyRamadan Gempa Bumi Lombok bermula Jumaat melibatkan pelbagai pihak termasuk pasaraya Econsave dan MyCare serta beberapa NGO lain.
Seramai 14 sukarelawan dan rakan media terlibat dalam misi itu dengan menyampaikan beberapa sumbangan kepada masyarakat di sekitar Lombok bagi meringankan beban mereka terutama ketika Ramadan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2019

Kerja-kerja gotong royong masyarakat Kampung Dusun Dasan Baru di Lombok Timur untuk pembinaan masjid baru, Masjid Ar-Rahmah Nurul Iman. - Foto BERNAMA
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika
Insiden itu berlaku di sebuah taman asuhan bimbingan dan kanak-kanak di Kemaman pada Rabu.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Bayaran khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid dilewatkan kepada 17 Mei
Bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di Kedah yang sepatutnya dibayar pada 18 April lepas terpaksa dilewatkan kepada 17 Mei depan.

Op Selamat: 656 kemalangan dengan 17 kematian direkodkan di Pahang
Jumlah kemalangan itu menunjukkan penurunan sebanyak 34 kes berbanding Op Selamat ke-18 pada tahun lepas, namun bilangan kematian meningkat tiga kes.

Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini.

UMNO Sabah bantu rakan politik hadapi PRN
UMNO Sabah bersedia membantu rakan politik lain di Semenanjung yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing tahun ini.

Kelantan catat 586 kes kemalangan sepanjang Op Selamat 20
Polis Kelantan merekodkan sebanyak 586 kes kemalangan dalam Op Selamat 20 bermula 20 hingga 27 April sempena Aidilfitri ini.

PM Anwar hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitiri Zahid di Sri Satria
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Sri Satria, hari ini.

Pakej Rahmah bagi servis kereta pada kos berpatutan dihargai ramai
Orang ramai secara umumnya memuji pakej Rahmah bagi perkhidmatan servis kenderaan pada kadar harga berpatutan.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Kedah capai sasaran 25,000 pengunjung
Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang diadakan di Hotel Raia, di sini hari ini berjaya mencapai sasaran lebih 25,000 pengunjung, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.