DUA masjid suci umat Islam - Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah - akan dibuka tidak lama lagi sebaik sahaja masalah penularan COVID-19 dapat ditangani.
Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain.info pada Rabu.
Menerusi ciapannya, Sheikh Abdul Rahman berkata, keadaan dijangka kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi dan ini adalah perkhabaran gembira buat keseluruhan umat Islam.
Menurutnya, dua masjid suci itu akan dibuka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, tegasnya, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam
"Kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci itu kerana semua langkah yang diambil adalah untuk kebaikan kita.
"Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.
"Semoga Allah melindungi mereka," kata Imam Besar Masjidil Haram itu.
Menurutnya, teknologi moden akan digunakan untuk memperkukuhkan langkah pencegahan bagi menangani pandemik global itu.
Beliau sebelum itu menyaksikan pelancaran penggunaan kamera termal di pintu masuk Masjidil Haram.
Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, serta ibadah umrah, bagi mengekang penularan COVID-19.
Sehingga Rabu, Arab Saudi mencatat sebanyak 21,402 kes jangkitan COVID-19 dan 157 kematian.
Astro Awani
Thu Apr 30 2020

Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, 29 April 2020. Foto Twitter haramain.info

Aidilfitri: Tahap kesiapsiagaan hospital pada tahap tertinggi - Dr Dzulkefly
Tahap kesiapsiagaan hospital di seluruh negara khususnya ETD berada pada tahap tertinggi, bagi memastikan keperluan perubatan dapat ditampung sepanjang musim hari raya.

KPM laksana pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid
Pelaksanaan pemakaian lencana Jalur Gemilang akan bermula 21 April ini secara berperingkat.

Pemain badminton Malaysia bertunang dengan pemain badminton Jepun
Perbezaan budaya dan cara hidup bukan halangan untuk Ong Yew Sin dan Aya Ohori jalin ikatan cinta.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Amirul Aiman & Afiezy Azaman
- Pesawat AirAsia AK128 (KL-Shenzhen) mendarat cemas, enjin kanan terbakar
- Dr Zaliha jelaskan dakwaan pampasan RM2 juta kepada pihak kuil
- Menjelang Aidilfitri: Diskaun tol 50 peratus pada Jumaat & Sabtu
#AWANIpagi #AWANInews
- Pesawat AirAsia AK128 (KL-Shenzhen) mendarat cemas, enjin kanan terbakar
- Dr Zaliha jelaskan dakwaan pampasan RM2 juta kepada pihak kuil
- Menjelang Aidilfitri: Diskaun tol 50 peratus pada Jumaat & Sabtu
#AWANIpagi #AWANInews

Hyundai umum pelaburan AS$21 bilion di AS untuk tingkatkan pengeluaran
Euisun Chung bersama Trump mengumumkan bahawa ini merupakan pelaburan terbesar Hyundai di AS setakat ini.

PM rasmi majlis pecah tanah pembinaan Masjid MADANI hari ini
Perdana Menteri Anwar akan merasmikan majlis pecah tanah dan peletakan batu asas bagi pembinaan Masjid MADANI di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.

‘Terror’, ‘Alamak’ pun dah masuk Oxford
Oxford English Dictionary (OED) sekali lagi mengiktiraf pengaruh bahasa Malaysia dan Singapura.

Tujuh lagi pemain 'Malaysian Abroad' bakal perkuat Harimau Malaya - TMJ
Tunku Ismail berkata, tujuh lagi pemain baharu bakal diserap masuk dalam skuad Harimau Malaya selepas tiga yang dipanggil bagi aksi berdepan Nepal.

Tesla akan dilancar di Arab Saudi
Ia menandakan pemulihan hubungan antara ketua pegawai eksekutifnya, Elon Musk dan kerajaan negara.
Datuk Bandar interim dilantik ganti Imamoglu
Susulan pemenjaraan Ekrem Imamoglu atas tuduhan rasuah, majlis perbandaran Istanbul melantik Nuri Aslan sebagai datuk bandar interim, mencetuskan krisis politik baharu di Turki.

Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar Surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia
Ia menawarkan kandungan pendidikan yang menyeluruh merangkumi tafsiran, bacaan serta hafazan Al-Quran dalam pelbagai bahasa.

AS jadi pengantara rundingan gencatan senjata Rusia-Ukraine di Arab Saudi
Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan berasingan dengan delegasi Rusia dan Ukraine di Arab Saudi pada Isnin.

Rusia, Ukraine adakan rundingan di Jeddah bincang gencatan senjata
Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.

Penerbangan pertama musim haji 1446H/2025M pada 29 April - TH
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci bagi musim 1446H/2025M dijadualkan pada 29 April.

Perkhidmatan ditingkatkan di Masjidilharam untuk 10 hari terakhir Ramadan
Ribuan kakitangan dan peralatan dikerahkan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk jemaah di dalam masjid serta halamannya.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Putera Mahkota Arab Saudi, Setiausaha AS bincang perkembangan serantau dan antarabangsa
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.