Seorang warga emas di Indonesia ditemui maut dalam keadaan ngeri dengan kesan tikaman di leher, usus terburai serta kemaluan dipotong, lapor Detik.com.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mail, 65, seorang penduduk di Desa Karang Kedawung, Kecamatan Mumbulsari, ditemui oleh anak perempuannya, Selani, 40, ketika mahu membuang sampah di belakang rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mumbulsari, AKP Heri Supadmo, pihaknya menemui senjata seakan kerambit serta cebisan kemaluan mangsa yang dipotong di tempat kejadian.

Setakat ini, pihak polis masih lagi dalam proses menyoal siasat penduduk sekitar bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Walaupun sudah berusia, Mail dilaporkan masih sihat dan setiap hari dia akan berniaga makanan di warung berhampiran rumahnya.