INTERNATIONAL
Mayat ratu cantik Myanmar ditemui bawah runtuhan kondominium

Silimee, mewakili Myanmar dalam pertandingan Miss Tourism World 2018. Foto Agensi
MAYAT ratu cantik Myanmar ditemukan di bawah runtuhan kondominium 12 tingkat di tengah Mandalay selepas gempa bumi kuat yang melanda negara tersebut pada 28 Mac lalu.
Silimee, yang mewakili Myanmar dalam pertandingan Miss Tourism World 2018, merupakan antara mangsa gempa bumi berukuran 7.7 magnitud itu.
Kesan gegaran turut dirasai di negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan beberapa bahagian China.
Menurut satu kenyataan di Facebook oleh organisasi Miss Tourism Myanmar, Silimee dipercayai terperangkap dalam runtuhan selepas bangunan Sky Villa runtuh akibat gempa tersebut.Mayatnya ditemui oleh pasukan penyelamat pada 2 April.
Sky Villa, yang siap dibina pada 2017, dikatakan antara bangunan yang paling terjejas walaupun sebelum ini diiklankan sebagai ‘tahan gempa’.
Sebelum runtuh, kompleks tersebut menempatkan bar atas bumbung terbesar di Mandalay dan sebuah gimnasium moden.
Menurut laporan Reuters, junta Myanmar melaporkan jumlah korban kini melebihi 3,100 orang. - Sinar Harian memetik agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami