WASHINGTON: Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy pada Rabu menyifatkan keengganan Presiden Joe Biden untuk membincangkan siling hutang negara sebagai "tidak bertanggungjawab".
Sputnik melaporkan McCarthy memberi amaran bahawa kelewatan dalam rundingan akan meningkatkan risiko kewangan bagi negara itu.
Menurut White House, Biden dijangka mengadakan pertemuan dengan McCarthy tidak lama lagi untuk menyakinkan dewan perwakilan Kongres yang majoritinya anggota Republikan untuk meluluskan perbelanjaan tambahan walaupun mereka menggesa pemotongan bajet.
"Bagi presiden - beliau berkata tidak akan berunding - ini tidak bertanggungjawab.
"Kami akan bertanggungjawab, kami akan bersikap waras dan kami akan menyelesaikan perkara ini bersama-sama. Jadi, semakin lama beliau menunggu, semakin banyak beliau meletakkan bahaya fiskal pada Amerika....
"Kita harus duduk dan selesaikan perkara ini dan berhenti bermain politik," kata McCarthy kepada pemberita pada taklimat yang disiarkan oleh penyiar C-SPAN.
Speaker Dewan juga menyifatkan hutang negara AS yang melebihi AS$31 trilion atau 120 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebagai "ancaman terbesar kepada Amerika" dan berkata bahawa beliau tidak sepenuhnya menentang keputusan untuk meningkatkan perbelanjaan negara, tetapi menyokong siling hutang yang lebih "bertanggungjawab".
Awal bulan ini, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen memberi amaran bahawa AS akan segera mencapai had hutang tertunggaknya, dengan hutang negara AS kini berjumlah AS$31.46 trilion.
Minggu lepas, Perbendaharaan berkata agensi itu telah mula mengambil langkah luar biasa untuk mengelak kerajaan ingkar dalam pembayaran hutangnya dengan menangguhkan sementara bayaran yang tidak diperlukan segera untuk program penting.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Biden dijangka mengadakan pertemuan dengan McCarthy tidak lama lagi untuk meyakinkan dewan perwakilan Kongres yang majoritinya anggota Republikan untuk meluluskan perbelanjaan tambahan walaupun mereka menggesa pemotongan bajet. -AP

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

McCarthy sifatkan keengganan Biden runding siling hutang negara tidak bertanggungjawab
McCarthy memberi amaran bahawa kelewatan dalam rundingan akan meningkatkan risiko kewangan bagi negara itu.

Kevin McCarthy akhirnya dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akhirnya memilih Kevin McCarthy sebagai Speaker Dewan selepas pengundian memasuki pusingan ke-15.

Pelosi menang tipis, sekali lagi dipilih sebagai Speaker
Pelosi, 80 tahun, mendapat 216 undi mengalahkan lawannya, Kevin McCarthy yang hanya meraih 209 undi.