AHMEDABAD :Berang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bapa mertua, seorang wanita bertindak menetak kepala ibu mertuanya sehingga mati selepas dipercayai berlaku perang mulut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, suspek, Nikita Agrawal, 29, menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kepala mangsa, Rekha Agrawal. 52, pecah dan otak terburai.

Pegawai Polis Sola berkata, suspek bertindak di luar kawalan apabila mangsa menuduh kehamilannya hasil daripada hubungan haram dengan bapa mertuanya.

"Ketika kejadian, Nikita dan Rekha tinggal sendirian kerana bapa mertuanya, Ramniwas dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.

"Suami suspek, Dipak, pula berada di luar daerah kerana menjalankan perniagaan," katanya yang dipetik laporan agensi.

Dalam pada itu, polis berkata, kejadian itu dimaklumkan Dipak selepas ayahnya meminta untuk pulang ke rumah.

"Pada masa itu, Dipak mendapat panggilan daripada ayahnya untuk segera pulang selepas jirannya memaklumkan berlaku pergaduhan antara Nikita dan Rekha di rumah.

"Sejurus tiba, dia terkejut melihat ibunya terbaling dengan berlumuran darah selain otaknya terburai dipercayai ditetak menggunakan sebatang besi selain sebahagian badannya terbakar," katanya.

Isteri Dipak bagaimanapun mengaku tidak membunuh ibu mertuanya mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.