awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang Pilihan Raya Presiden AS, Biden dahului saingan 'Super Tuesday'

Bernama
Bernama
04/03/2020
04:45 MYT
Menjelang Pilihan Raya Presiden AS, Biden dahului saingan 'Super Tuesday'
Joe Biden berucap di hadapan penyokongnya bersama isterinya, Jill, pada malam kempen Super Tuesday di Los Angeles, California, AS, 3 Mac, 2020. REUTERS
Bekas Naib Presiden Joe Biden diramal memperoleh kemenangan di lima negeri di selatan manakala Senator Bernie Sanders di kedudukan kedua pada pemilihan "Super Tuesday" menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020, lapor agensi berita Anadolu.
Kedudukan Biden dilihat kuat di Amerika Selatan, tiga stesen televisyen utama meramalkan beliau bakal menang di Virginia, Alabama, Carolina Utara, Tennessee dan Oklahoma - negeri beliau menerima sokongan kuat dalam kalangan pengundi kulit hitam.
Sanders pula dilihat mempunyai kedudukan selesa di Vermont dan Colorado.
Kira-kira satu pertiga perwakilan di seluruh negeri bersedia untuk menyertai pemilihan di 14 negeri dan di Samoa. Jutawan Michael Bloomberg dijangka menang di Samoa.
Sementara itu Senator Elizabeth Warren mengintai peluang untuk meraih kemenangan di Massachusetts, ketika kempennya berusaha untuk mendapatkan sokongan.
Pemilihan masih berlangsung di Texas dan California.
Di Texas, Sanders dilihat mendahului dan keputusan di California, negeri yang dilihat paling penting dijangka dapat diperoleh paling awal pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bernie Sanders
#calon
#Donald Trump
#Joe Biden
#New York
#pilihan raya
#presiden
#Super Tuesday
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan