BERLIN: Menteri Pendidikan Jerman menggesa pengguna TikTok supaya berhati-hati berdasarkan hubungan aplikasi video singkat yang sangat popular itu dengan China, lapor dpa yang memetik portal berita.
Bettina Stark-Watzinger, ahli Demokrat Bebas (FDP) yang properniagaan berkata beliau memahami rayuan TikTok, namun katanya beliau bukan antara pengguna platform itu.
TikTok milik kumpulan ByteDance China, mencetuskan kebimbangan banyak pihak daripada aspek risiko keselamatan negara dan maklumat pengguna yang dikumpulnya.
Beberapa negara telah mengharamkan TikTok pada peranti milik kerajaan. Di Amerika Syarikat, terdapat perdebatan tentang sama ada perlunya larangan secara mutlak.
"Anda hanya perlu lihat, di negara lain kawalan dibuat ke atas aplikasi sedemikian, tidak dibenarkan secara sah atas alasan yang baik," kata Stark-Watzinger kepada portal berita Jerman t-online dalam temu bual yang diterbitkan pada Jumaat.
Beliau juga meminta pihak universiti mempertimbang semula kerjasama mereka dengan China, terutama yang berkaitan dengan bidang yang berkembang pesat seperti kecerdasan buatan.
"Kita perlu berhati-hati dengan teknologi yang digunakan daripada sudut pandang ketenteraan atau bertentangan dengan nilai kita seperti dalam bidang kecerdasan buatan," katanya kepada t-online.
"Kita tidak boleh leka terhadap China dan mesti berhati-hati," kata Stark-Watzinger.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
TikTok mencetuskan kebimbangan banyak pihak daripada aspek risiko keselamatan negara dan maklumat pengguna yang dikumpulnya. - Gambar hiasan
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Menteri Jerman minta hati-hati guna TikTok
Bettina Stark-Watzinger yang properniagaan berkata, beliau memahami rayuan TikTok, namun beliau bukan antara pengguna platform itu.