awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri luar Kuwait puji pemulihan hubungan diplomatik Iran-Arab Saudi

Bernama
Bernama
19/08/2023
06:11 MYT
Menteri luar Kuwait puji pemulihan hubungan diplomatik Iran-Arab Saudi
Sheikh Salem berkata lawatan oleh Hossein Amir-Abdollahian ke Arab Saudi "mencerminkan semangat kedua-dua negara untuk memulihkan hubungan dua hala dan tekad mereka untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan di rantau ini." - Foto AP
KUWAIT CITY: Menteri Luar Kuwait, Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah pada Jumaat menyatakan harapan lawatan rakan sejawatnya dari Iran ke Arab Saudi akan menjadi "permulaan halaman yang cerah" dalam hubungan antara Iran dan negara-negara Teluk, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Kuwait, diplomat tertinggi Kuwait berkata lawatan oleh Hossein Amir-Abdollahian ke Arab Saudi "mencerminkan semangat kedua-dua negara untuk memulihkan hubungan dua hala dan tekad mereka untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan di rantau ini."
Menteri Kuwait itu berkata beliau berharap bahawa lawatan tersebut akan menjadi "langkah ke arah membina hubungan kukuh antara kedua-dua negara berdasarkan saling menghormati."
Amir-Abdollahian tiba di Riyadh pada Khamis dan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud. Beliau kemudian meninggalkan Riyadh ke Jeddah pada Jumaat, di mana beliau bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud.
Lawatan diplomat utama Iran itu berlaku selepas lawatan rakan sejawatnya dari Arab Saudi ke Tehran pada Jun.
Iran dan Arab Saudi bersetuju dalam perbincangan yang diatur oleh China pada Mac untuk meneruskan hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan dan misi di kedua-dua negara dalam tempoh dua bulan.
Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada 2016 sebagai reaksi kepada serangan terhadap misi diplomatik Arab Saudi di Iran setelah kerajaan itu melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama Syiah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Kuwait
#Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah
#hubungan Iran Arab Saudi
#Hossein Amir-Abdollahian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan