Menteri Pembangunan Luar Bandar India yang baru dilantik minggu lalu, Gopinath Munde maut dalam nahas jalan raya di sini, pagi Selasa.

Munde yang baru menerima pelantikan daripada perdana menteri Narendra Modi meninggal dunia di hospital apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang New Deldi.

“Kereta yang dinaiki Munde dilanggar oleh satu lagi kereta dan Munde sendiri yang meminta untuk dibawa ke hospital,” ujar rakan menteri, Nitin Gadkari kepada wartawan di luar hospital the All India Institute of Medical Sciences (AIIMS).

Narenda Modi disahkan antara yang hadir memberi penghormatan terakhir, dan menyifatkan kematian Munde sebagai satu kehilangan besar kepada India.

“Amat sedih dan terkejut dengan pemergian sahabat dan rakan sekerja saya Gopinath Munde,” muat naik Modi dalam akaun Twitter miliknya.

Seorang doktor di AIIMS berkata, Munde disahkan meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke wad kecemasan.

“Ketika beliau dibawa ke hospital, tiada lagi pernafasan, denyut nadi atau pun aktiviti kardiak yang dapat dikesan,” kata jurucakap AIIMS, Amit Gupta.

Kami cuba untuk memberi bantuan kecemasan namun dia tidak dapat diselamatkan lagi dan disahkan meninggal dunia pada 7.30 pagi,” tambahnya.