awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Menteri Pertahanan sangkal spekulasi kudeta tentera di Thailand

Bernama
Bernama
30/06/2025
11:18 MYT
Menteri Pertahanan sangkal spekulasi kudeta tentera di Thailand
Phumtham yang bertemu keempat-empat cabang angkatan tentera, berkata mereka melihat cabaran semasa negara adalah sebagai masalah yang perlu ditangani secara konstruktif. - www.thaigov.go
BANGKOK: Angkatan tentera Thailand tidak berhasrat untuk merampas kuasa, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai pada Isnin, menyangkal spekulasi yang dicetuskan oleh satu demonstrasi baru-baru ini yang menyeru kepada campur tangan tentera di tengah-tengah peningkatan ketegangan dalam isu sempadan Thailand-Kemboja.
Phumtham yang bertemu keempat-empat cabang angkatan tentera, berkata mereka melihat cabaran semasa negara adalah sebagai masalah yang perlu ditangani secara konstruktif.
"Idea mengenai kudeta tidak ada dalam fikiran pemimpin tentera. Fokus mereka adalah menyelesaikan masalah negara," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Pada Sabtu, ribuan orang berhimpun di Tugu Peringatan Kemenangan di Bangkok bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap cara Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra menangani isu pertikaian sempadan Thailand-Kemboja.
Phumtham berkata protes aman pada Sabtu adalah hak yang dijamin Perlembagaan dan mengalu-alukan cadangan membina, sambil mengingatkan protes yang berlarutan adalah tidak produktif.
Beliau mendedahkan kerajaan telah mengemukakan permohonan kepada pihak istana untuk rombakan Kabinet bagi menangani isu utama serta memacu kemajuan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#kudeta
#rampasan kuasa
#tentera
#Phumtham Wechayachai
#politik thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami