Skip to main content

Dunia

Album BTS 'Arirang' raih platinum di Perancis

51768351719_TBBTS.jpg
Pencapaian tersebut hanya sebulan selepas BTS memperoleh pensijilan "emas" di Perancis untuk album studio berkenaan, enam hari selepas dikeluarkan pada Mac. - Gambar fail

SEOUL: Album terbaru kumpulan K-pop popular BTS, "Arirang" telah disahkan meraih "platinum" oleh persatuan industri rakaman muzik utama Perancis, menurut agensi kumpulan itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Album studio kelima kumpulan Korea Selatan itu menerima pensijilan daripada Gabungan Nasional Penerbitan Fonografik kerana mencapai 100,000 unit jualan meliputi salinan fizikal, muat turun dan strim, menurut BigHit Music.

Advertisement

Pencapaian tersebut hanya sebulan selepas BTS memperoleh pensijilan "emas" di Perancis untuk album studio berkenaan, enam hari selepas dikeluarkan pada Mac.

Dengan pengiktirafan terbaharu itu, kumpulan K-pop berkenaan kini mempunyai empat album platinum yang disahkan di Perancis.

Di Jepun, "Arirang" telah disahkan mencapai platinum tiga kali ganda (triple platinum) selepas menjual lebih 750,000 unit setakat Mac.

"Arirang" mencipta sejarah sebagai album pertama artis K-pop yang menduduki kedudukan pertama carta Billboard 200 selama tiga minggu.

Menampilkan "Swim" sebagai lagu utama, album 14 lagu itu ialah album pertama kumpulan itu selepas empat tahun berehat susulan anggotanya menyertai khidmat tentera. 

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video