SINGAPURA: Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen berkongsi pengalaman peribadinya melawan COVID-19, dengan menyatakan jika beliau dijangkiti strain asal dua tahun lalu, tanpa sebarang perlindungan dan vaksin, sudah tentu beliau berasa sangat bimbang.
"Bahkan enam bulan lalu, varian Delta boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius tanpa suntikan penggalak."
Bagaimanapun, vaksin dan penggalak yang diambilnya telah mengubah penyakit yang berpotensi mengancam nyawa kepada penyakit yang kurang berbahaya berbanding sebelumnya.
"Hari-hari yang dilalui sebagai pesakit COVID-19 sangat menarik. Berkongsi pengalaman saya, dengan mengambil maklum bahawa tindak balas individu adalah berbeza," tulis beliau di laman Facebooknya pada Isnin, memperincikan pengalaman lima harinya, dengan panjang lebar.
Dr Ng menyatakan "adalah sukar untuk mengelak varian Omicron yang sangat mudah berjangkit sehingga menyebabkan gelombang terbesar sejak virus itu dikesan di Singapura, melainkan seseorang itu hidup terasing.
"Pengambilan dua suntikan vaksin serta dos penggalak, memberi jaminan penyakit yang serius boleh dielakkan," katanya.
Dalam catatannya, Dr Ng, 63, turut memuatnaik dua gambar beliau menghadiri mesyuarat dengan rakan-rakan Jawatankuasa Parlimen Kerajaan (Pertahanan dan Hal Ehwal Luar) semalam melalui sidang video, dan ujian pantas antigen (ART) yang dilakukannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Dr Ng turut berkongsi di media sosial ujian pantas antigen (ART) yang dilakukannya. - Facebook Ng Eng Hen
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Michelle Yeoh salah seorang penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington
Advokasi: Atasi permasalahan penagihan dadah menerusi Tele Hello AADK
Menurut Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Siti Mariam Mursidan, ini merupakan pendekatan baharu bagi memberikan maklumat yang diperlukan bukan sahaja kepada mereka yang mengalami masalah penagihan, tetapi juga kepada keluarga.
Letupan bom: Polis Kelantan guna kenderaan berperisai kawal sempadan
Polis Kelantan menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan kejadian letupan bom dan tembakan di Pasemas, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin
lalu
lalu
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu masuki tempoh kritikal
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu mula memasuki tempoh kritikal dengan parti dan calon bertanding melipat gandakan usaha bagi meraih sebanyak mungkin undi.
[TERKINI] Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
[TERKINI] Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penghargaan buat anggota bomba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anwar terima potret misi Ops Jerebu 1997
Misi memadam kebakaran rentas sempadan, Ops Jerebu selama 25 hari yang membabitkan 1,200 anggota bomba pada 27 tahun lampau, diabadikan dalam bentuk potret dihadiahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu penting dalam menjayakan tugasan itu pada 1997.
PM dedah ada tidak setuju kenaikan gaji penjawat awam
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Menteri Pertahanan Singapura kongsi pengalaman peribadi melawan COVID-19
Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen berkongsi pengalaman peribadinya melawan COVID-19.
Amerika setuju jual 12 pesawat pejuang canggih F-35B kepada Singapura
Amerika Syarikat telah bersetuju untuk meneruskan penjualan sehingga 12 buah pesawat pejuang F-35B kepada Singapura sementara menunggu kelulusan Kongres negara itu.
Bahagian utama fiuslaj pesawat AirAsia QZ8501 ditemui
Bahagian utama badan pesawat AirAsia QZ8501 yang nahas pada 28 disember lalu ditemui pada petang Rabu.