awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merz, Modi setuju perkukuh kerjasama pertahanan Jerman-India

Bernama
Bernama
12/01/2026
22:20 MYT
Merz, Modi setuju perkukuh kerjasama pertahanan Jerman-India
Canselor Jerman, Friedrich Merz (kanan) berjabat tangan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi selepas menandatangani buku tetamu ketika lawatan ke Gandhi Ashram di Ahmedabad, India, pada Isnin. - Gambar Reuters
AHMEDABAD (India): Jerman dan India berhasrat untuk memperluas kerjasama dalam sektor pertahanan menerusi satu pengisytiharan hasrat yang ditandatangani oleh kementerian pertahanan kedua-dua negara semasa lawatan Canselor Friedrich Merz ke Bandaraya Ahmedabad pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Terdahulu, Merz disambut oleh Perdana Menteri India Narendra Modi di wilayah asalnya, di mana mereka melawat tapak bersejarah yang dikaitkan dengan wira negara, Mahatma Gandhi.
Meskipun kontrak bagi projek spesifik belum dimuktamadkan pada peringkat awal, India merancang untuk membina enam kapal selam dengan kerjasama syarikat Jerman, Thyssenkrupp Marine Systems (TKMS) di Mumbai, yang bernilai EUR8 bilion (AS$9.34 bilion).
Perjanjian mengenai projek ini dijangka ditandatangani tidak lama lagi dan bakal membuka jalan kepada kerjasama yang lebih luas.
Menurut statistik terkini daripada Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), India dianggap sebagai pengimport senjata terbesar di dunia.
Antara 2019 dan 2023, negara itu memperoleh 36 peratus kelengkapan senjatanya dari Rusia, walaupun trend itu kini menunjukkan penurunan.
Eksport senjata Jerman ke India dilihat mampu mengurangkan pergantungan New Delhi kepada Moscow.
Secara keseluruhan, sebanyak 27 pengisytiharan hasrat dan pengumuman telah ditandatangani di luar perbincangan antara Merz dan Modi - merangkumi kerjasama dalam pengekstrakan nadir bumi, mempromosikan bakat sukan hoki di kedua-dua negara serta pengambilan pekerja mahir bagi sistem penjagaan kesihatan Jerman.
Pengambilan pekerja mahir dari India telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu.
Menurut Agensi Pekerjaan Persekutuan, jumlah warga India yang bekerja secara tetap di Jerman meningkat daripada kurang 25,000 orang pada 2015 kepada hampir 170,000 orang pada 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman-India
#kerjasama pertahanan
#pengisytiharan hasrat
#Narendra Modi
#Canselor Friedrich Merz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan