awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama Apple-Google: Siri dan Apple Intelligence akan dikuasakan model berasaskan Google Gemini
Indonesia henti import diesel untuk stesen minyak swasta bermula 2026
Iran didakwa mahu berunding, angka korban protes cecah 599 – Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli

Bernama
Bernama
12/01/2026
23:20 MYT
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
Zulkifli (depan, dua dari kanan) melancarkan Kempen #MadaniMembantu pada Majlis Amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya, pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan melancarkan Kempen #MadaniMembantu pada Majlis Amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya, pada Isnin, sebagai inisiatif memperkukuh usaha berterusan jabatan itu membantu rakyat.
Zulkifli menerusi hantaran di Facebook beliau berkata, kempen berkenaan juga ialah inisiatif untuk memastikan rakyat menerima bantuan dengan sebaik-sebaiknya.
Beliau berkata, peruntukan RM2.6 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam Belanjawan 2026 akan digunakan untuk pengurusan dan pemerkasaan hal ehwal Islam termasuk pentadbiran, pembangunan dasar, program dakwah serta pengukuhan institusi agama.
"Sokongan diberi sedaya upaya kepada masjid, surau, sekolah agama, maahad tahfiz, institusi pondok, asnaf dan pelajar institusi agama melalui bantuan sara hidup, pendidikan dan pembangunan komuniti berteraskan nilai MADANI," katanya menerusi hantaran itu.
Zulkifli berkata, peruntukan segera RM200 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini pula adalah bagi kerja baik pulih, naik taraf dan penyelenggaraan sekolah agama serta maahad tahfiz di seluruh negara.
Menurut Zulkifli, semua inisiatif itu membuktikan bahawa di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI serta dengan sokongan warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan rakyat Malaysia, Islam terus subur, mekar dan terjamin di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MadaniMembantu
#bantuan kerajaan
#bantu rakyat
#Zulkifli Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan