awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF

Bernama
Bernama
12/01/2026
23:30 MYT
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Tunku Azizah (empat, kanan) berkenan meluangkan masa bertemu Mikhael yang juga bayi ke-150 dilahirkan sejak TAFF ditubuhkan pada 2004, di Hospital Selayang, Ahad lepas. - Facebook Kesultanan Pahang
KUANTAN: Penantian selama 15 tahun sepasang suami isteri untuk mendapatkan cahaya mata berakhir apabila bayi sulung hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) selamat dilahirkan pada Jumaat lepas.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran Facebook semalam memaklumkan, pasangan Abdul Aziz Abd Halim dan isterinya Noor Hamira Mohd Sani dikurniakan bayi lelaki seberat 2.97 kilogram yang diberi nama Mikhael dan dilahirkan dalam keadaan sihat.
"Kegembiraan sama turut dikongsi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang, semalam," menurut hantaran itu.
Hantaran itu memaklumkan, Tunku Azizah kelihatan begitu ceria meluangkan masa bertemu Mikhael yang juga bayi ke-150, yang dilahirkan sejak TAFF ditubuhkan pada 2004.
"Untuk rekod, TAFF yang diasaskan atas inisiatif Tengku Ampuan Pahang telah menaja rawatan kesuburan kepada 553 pasangan suami isteri di seluruh negara, yang berdepan kesukaran mendapatkan cahaya mata," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IVF
#kelahiran
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Hospital Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan