DUNIA
Mesir, Qatar sah penyelarasan dengan AS untuk capai gencatan senjata serta-merta di Gaza

Penubuhan sebuah negara Palestin merdeka berasaskan sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara "merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan dan kestabilan. - Reuters
ISTANBUL: Mesir dan Qatar pada Isnin mengesahkan penyelarasan berterusan dengan Washington bagi mencapai gencatan senjata serta-merta di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengadakan pertemuan di Kaherah dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani.
Menurut kenyataan Pejabat Presiden Mesir, al-Sisi dan Sheikh Mohammed menegaskan kepentingan meneruskan usaha bersama dengan penyelarasan bersama Amerika Syarikat "untuk mencapai persetujuan yang menjamin gencatan senjata serta-merta di Semenanjung Gaza, sekali gus membolehkan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, serta pembebasan tawanan."
Mereka menegaskan bahawa penubuhan sebuah negara Palestin merdeka berasaskan sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara "merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan dan kestabilan berkekalan di rantau Asia Barat."Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami