Skip to main content

Dunia

Mesyuarat di Oman hari ini tumpu kepada laluan maritim baharu di Selat Hormuz

FILE PHOTO: Iranian Foreign Minister Abbas Araqchi attends a press conference alongside Iraqi Foreign Minister Fuad Hussein (not pictured), in Baghdad, Iraq, June 28, 2026. REUTERS/Thaier Al-Sudani/File Photo
Araghchi berkata, Tehran percaya tanggungjawab bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau itu terletak sepenuhnya di bahu negara-negara serantau. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, mesyuarat yang dirancang di Oman hari ini akan menumpukan kepada laluan maritim baharu menerusi Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

Araghchi memberitahu agensi berita berbahasa Arab yang berpangkalan di London, Al-Araby Al-Jadeed bahawa Tehran akan menyerahkan perincian perjanjiannya dengan Oman serta peta berkaitan laluan baharu itu kepada negara-negara peserta.

Beliau menegaskan, perjanjian dengan Oman itu “sama sekali tidak” bermaksud pembukaan semula Selat Hormuz.

Araghchi berkata, syarat Iran untuk membuka semula laluan air strategik berkenaan adalah supaya Amerika Syarikat (AS) kembali mematuhi komitmennya di bawah Memorandum Persefahaman Islamabad.

Beliau berkata, Tehran percaya tanggungjawab bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau itu terletak sepenuhnya di bahu negara-negara serantau.

Menteri Luar itu melahirkan harapan agar rundingan pada Isnin akan membuka jalan kepada perundingan lanjut berhubung isu-isu kepentingan bersama dalam kalangan negara di rantau berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement