awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat pemimpin APEC bermula dengan agenda pertumbuhan mampan, perdagangan

Bernama
Bernama
18/11/2022
04:50 MYT
Mesyuarat pemimpin APEC bermula dengan agenda pertumbuhan mampan, perdagangan
Prayut Chan-o-cha berkata pemimpin akan saling bertukar pandangan mengenai usaha menyokong pertumbuhan ekonomi. - Reuters
BANGKOK: Pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bertemu di sini pada Jumaat untuk membincangkan kaedah menggalakkan pembangunan mampan serta memudahkan perdagangan dan pelaburan.
Berucap pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-29, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata pemimpin akan saling bertukar pandangan mengenai usaha menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan untuk membawa rantau ini ke arah masa depan lebih baik.
Menjadikan model ekonomi Bio-Circular-Green (BCG) sebagai antara agenda utama, Thailand berharap model ekonomi BCG berupaya memacu usaha menggalakkan pembangunan mampan dan matlamat perlindungan alam sekitar, lapor Xinhua.
Mesyuarat kali ini menjadi pertemuan pertama pemimpin ekonomi APEC secara bersemuka sejak 2018 yang bertemakan "Open, Connect, Balance" - membuka peluang kepada semua peluang, berhubung dalam semua dimensi dan mengimbangi semua aspek.
APEC yang ditubuhkan pada 1989 ialah forum ekonomi serantau terulung dengan matlamat untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kemakmuran di rantau Asia Pasifik.
Dengan hampir 40 peratus penduduk dunia, 21 negara anggota APEC menyumbang kira-kira separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemimpin Ekonomi
#prayut chan o cha
#APEC
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan