awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mexico City keluarkan amaran pencemaran berikutan kepadatan luar biasa ozon

Agensi
Agensi
15/03/2016
04:01 MYT
Mexico City keluarkan amaran pencemaran berikutan kepadatan luar biasa ozon
Pemerintah Mexico City menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terdedah dengan keadaan cuaca di luar rumah. - Foto Flickr
Pemerintah Mexico City telah mengeluarkan arahan pengurangan lalu lintas pada Selasa dan mencadangkan rakyatnya agar tidak keluar rumah kerana pencemaran udara yang serius.
Reuters melaporkan, amaran pencemaran berkaitan lapisan ozon itu adalah di paras kedua tertinggi dan yang pertama dalam tempoh 13 tahun.
Keadaan yang membimbangkan itu sedang berlangsung, dengan penduduk diingatkan untuk berada di dalam bangunan antara jam 1 petang hingga 7 malam.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, orang ramai juga dinasihatkan agar menghindari aktiviti fizikal dan sukan yang berlebihan di tempat terbuka bagi mengelakkan masalah pernafasan.
Pemerintah menyatakan bahawa langkah mengeluarkan amaran tersebut diambil berikutan ‘peningkatan yang luar biasa’ dalam kepadatan ozon.
Perkembangan itu berpunca daripada sistem tekanan tinggi serta radiasi solar yang kuat di Mexico City, yang berpopulasi 20 juta orang.
Pada September 2002, bandar raya itu telah mengeluarkan amaran pencemaran ‘fasa pertama’ bagi peningkatan paras ozon.
Keadaan ozon semasa menunjukkan penghasilan jerebu, iaitu komposisi oksigen yang terhasil daripada tindak balas cahaya matahari yang mengandungi bahan cemar seperti hidrokarbon serta nitrogen oksida.
Ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan menambah buruk komplikasi berkaitan jantung, selain meletakkan golongan kanak-kanak dan warga tua dalam risiko kesihatan.
Topic Berkaitan
#amaran penncemaran udara Mexico
#lapisan ozon berkepadatan tinggi
#Mexico City keluar amaran pencemaran
#partikel udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan