awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mexico dakwa AS usir lebih 2.8 juta migran di bawah "Title 42"

Bernama
Bernama
11/05/2023
11:35 MYT
Mexico dakwa AS usir lebih 2.8 juta migran di bawah "Title 42"
Amerika Syarikat (AS) mengusir lebih 2.8 juta pendatang di lintasan sempadannya dalam tempoh lebih tiga tahun di bawah "Title 42". - Gambar fail/AP
MEXICO CITY: Amerika Syarikat (AS) mengusir lebih 2.8 juta pendatang di lintasan sempadannya dalam tempoh lebih tiga tahun di bawah "Title 42", sekatan berkaitan COVID-19 yang akan tamat pada Khamis, menurut pihak berkuasa Mexico, lapor Xinhua.
Daripada 2,825,970 orang yang diusir, sebahagian besar dihantar pulang di sempadan AS-Mexico (2,710,494), dengan enam daripada 10 adalah rakyat Mexico (1,641,746), menurut Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis.
Sebahagian besar baki migran yang dihantar pulang di sempadan selatan adalah dari negara termasuk Guatemala, Honduras, El Salvador dan Nicaragua.
Pada Mac 2020, dasar "Title 42" diperkenalkan oleh bekas Presiden AS Donald Trump, membenarkan pengusiran migran semasa pandemik COVID-19.
Dengan berakhirnya "Title 42", pihak berkuasa Mexico dan AS menjangkakan peningkatan jumlah migran yang ingin masuk ke AS.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Luar Mexico memaklumkan akan memperkukuh bantuan dan perlindungan konsulnya di AS untuk melindungi hak warga Mexico.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mexico
#Amerika Syarikat
#usir migran
#Title 42
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan