Cita-cita seorang jurutera aeroangkasa wanita untuk ke planet Marikh tidak tercapai apabila dia menjadi salah seorang penumpang yang terlibat dalam nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 Khamis lalu.
Fatima Dyczynski, 24 tahun, merupakan seorang warga Jerman yang menuntut di Universiti Teknologi Delft di Belanda, dan pernah menjadi pelajar di Kolej John XXIII, Perth, Australia.
Menurut The Sydney Morning Herald, beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat bijak dan bercita-cita untuk menjadi angkasawan dan ingin terbang ke Marikh suatu hari nanti.
Selain itu, dia juga mempunyai impian untuk tinggal di Perth.
Dalam usia yang sangat muda, Fatima menjadi pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Xoterra Space yang berpengkalan di Belanda.
Beliau mencipta teknologinya sendiri dengan matlamat menjadikan angkasa lepas mudah diakses oleh orang ramai.
Xoterra Space dalam sebuah kenyataan di laman web mereka menyatakan rasa sedih mereka atas pemergian Fatima.
Syarikatnya itu menyifatkan Fatima sebagai seorang yang bertenaga, bersemangat, lantang, bijak, bercita-cita tinggi dan sangat bermotivasi.
"Ramai yang telah mendapat inspirasi oleh impiannya serta semangatnya dalam perniagaan dan inovasi. Takziah yang tidak terhingga kepada ibubapanya, keluarga dan rakan-rakannya," kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, Fatima juga amat berbakat. Beliau menjadi pemain gitar dalam sebuah kumpulan rock, belajar Kung Fu di China dan mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Jerman, Perancis, Belanda serta Poland.
Beliau pernah mengembara ke 40 buah negara, dan merupakan seorang yang sangat optimis yang sentiasa yakin bahawa sesuatu perkara itu tidak mustahil untuk dicapai.
Penerbangan MH17 itu membawa seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ia dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk.
Pesawat itu meninggalkan Amsterdam pada Khamis 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari Jumaat.
Haider Yutim
Mon Jul 21 2014
Fatima Dyczynski. Foto diperoleh dari laman web Xoterra Space
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
AWANI Ringkas: Suntikan HPV 719,236 pelajar perempuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [21/05/2024] – Penyelidikan FICO | Bayi berusia 11 bulan | Bakal dibentangkan di Parlimen | 57,991 unit pada April 2024
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
Apakah itu di langit? Ini 5 cara terbaik untuk melihat meteor
Hujan meteor merupakan objek angkasa lepas yang bergerak di antara planet dan melintasi atmosfera Bumi.
PKP: Pengalaman saya di angkasa mampu dijadikan panduan - Sheikh Muszaphar
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berkata pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas pada tahun 2007 boleh dijadikan panduan untuk rakyat.
Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai
Batu angkasa berais dinamakan Ultima Thule itu, kelihatan seakan kacang, terletak di tengah-tengah Kuiper Belt di sekeliling orbit planet Neptun.