Pakar-pakar antarabangsa akan cuba menyambung semula siasatan pada Jumaat di lokasi nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17 selepas ia dihentikan seharian.

Siasatan tergendala sebentar kerana tentera Ukraine mengancam untuk meneruskan serangan terhadap pemberontak Rusia.

Ini adalah kali pertama pasukan pakar pergi ke kawasan nahas dalam tempoh seminggu selepas Kiev mengumumkan hentian sementara itu.

Pasukan pakar dari Belanda dan Australia turut menyertai pasukan penyiasat yang lain di tempat nahas setelah konflik di antara kerajaan Ukraine dan pemberontak reda.

Polis Belanda yang mengetuai pasukan penyiasatan antarabangsa ini berkata keadaan di sekitar lokasi kemalangan kekal berbahaya walaupun hanya pasukan kecil yang boleh memasuki tempat kejadian.

"Keadaan keselamatan masih sangat tidak stabil," kata ketua misi untuk menghantar pulang mayat mangsa, Pieter-Jaap Aalbersberg kepada AFP.

"Kami tidak yakin jika semua pasukan pakar boleh ke lokasi nahas dengan dalam masa terdekat, namun kita berharap begitula” katanya.

Dalam laporan AFP, pasukan mereka ada terdengar bunyi letupan kuat dan asap hitam tidak jauh dari kawsasan nahas.

Tentera Ukraine sebelum ini mengumumkan ‘Day Of Quiet' (hari senyap) di seluruh timur selepas permohonan itu dibuat dari Ketua PBB, Ban Ki-moon agar menghentikan persengketaan di sekitar lokasi kemalangan.

Kiev telah berkali-kali menyalahkan pemberontak pro-Rusia kerana menyekat proses siasatan dan mengawal kawasan nahas.

Pemberontak menjawab bahawa Ukraine tidak menepati syarat genjatan senjata itu.