awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Peguambela mohon siasatan baharu dijalankan

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2020
23:00 MYT
MH17: Peguambela mohon siasatan baharu dijalankan
Empat defendan dalam kes ini adalah tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine. - REUTERS
Peguambela salah seorang tertuduh memohon siasatan baharu dijalankan ke atas nahas MH17.
Ini termasuk pemeriksaan semula senario nahas dan temu bual saksi.
Peguambela Oleg Pulatov, Boudewijn Van Eijck berkata permohonan dibuat atas alasan lokasi nahas, yang mengumpulkan bukti kejadian, mungkin dimanipulasi.
"Adalah mustahil untuk menjalankan siasatan forensik di lokasi nahas.
"Pendakwa raya tidak mampu menutup lokasi nahas dari dunia luar.
"Selama hampir empat bulan selepas nahas, lokasi nahas tidak terusik.
“Ini bermakna adalah tidak boleh dikecualikan bahaya bukti mungkin hilang, dimanipulasi dan mungkin dirancang diletakkan di situ,” katanya.
Empat defendan dalam kes ini adalah tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine.
Mereka terdiri daripada Sergey Dubinsky, Oleg Pulatov, Igor Girkin, dan Leonid Kharchenko. Keempat-empat mereka didakwa dengan pembunuhan dan menyebabkan nahas MH17.
Menurut pendakwaraya, defendan membantu menguruskan sistem peluru berpandu Rusia untuk menembak jatuh pesawat malang itu.
Pulatov tidak hadir ke mahkamah, namun melantik peguam bagi mewakilinya.
Sementara tiga lagi tertuduh dibicara tanpa kehadiran mereka.
Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang dalam ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014.
Nahas mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal.
Topic Berkaitan
#hilang
#Igor Girkin
#Leonid Kharchenko
#mahkamah
#MH17
#Nahas
#Oleg Pulatov
#pesawat
#Rusia
#Sergey Dubinsky
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan