INTERNATIONAL
MH17: Tiga warga Rusia, seorang warga Ukraine dikenal pasti sebagai suspek

Ketua Polis Belanda, Wilbert Paulissen mengesahkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu. - Gambar REUTERS
KETUA Polis Belanda, Wilbert Paulissen mengesahkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu.
Kesemua suspek itu akan didakwa di atas kesalahan membunuh.
Tiga warga Rusia tersebut dikenali sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov.
Sementara warga Ukraine itu pula ialah Leonid Karchenko.
Jelas Paulissen, kesemua suspek berada di Ukraine pada tarikh tragedi tersebut berlaku iaitu 17 Julai 2014.
Paulissen turut menjelaskan kesemua mereka memainkan peranan penting dalam kes tembakan pesawat tersebut.

Ketua Polis Belanda, Wilbert Paulissen mengesahkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu. Foto: Reuters

Tiga warga Rusia tersebut dikenali sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov. Manakala seorang lagi warga Ukraine itu adalah Leonid Karchenko. Foto: Reuters
“Oleh itu, kami mendedahkan nama penuh dan foto mereka. Kesemua suspek dikenali sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinskiy, Oleg Pulatov dan Leonid Karchenko. Girkin, Dubinskiy dan Pulatov merupakan warganegara Rusia dan mereka ketika ini menetap di negara itu.
“Manakala Karchenko adalah warganegara Ukraine,” katanya dalam sidang media pada Rabu bersama dengan pasukan penyiasat antarabangsa.
Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak ketika berada di ruang udara timur Ukraine yang dikuasai kumpulan pemisah pro Rusia pada 17 Julai.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam insiden itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami