WARIS mangsa pesawat MH17 mengadakan protes senyap di hadapan Kedutaan Rusia di The Hague pada Ahad kerana kecewa dengan sikap Moscow yang enggan bekerjasama dalam siasatan tragedi berkenaan.
Menerusi protes berkenaan, mereka meletakkan 298 kerusi putih sebagai simbol jumlah mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan.
Pesawat MH17 dilaporkan ditembak peluru berpandu buk yang dilepaskan semasa terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak pemisah pro Rusia pada 17 Julai 2014.
Protes itu berlaku pada malam sebelum perbicaraan di The Hague Den Haag di mana tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine didakwa kerana terlibat dalam pembunuhan berkenaan.
BACA: Bunga matahari simbol memperingati MH17 - Keluarga
BACA: Ringkasan apa yang akan berlaku pada permulaan perbicaraan MH17
Rusia menafikan terlibat dalam tragedi berkenaan.
Bagaimanapun, waris mangsa MH17 menuduh pihak berkuasa Rusia cuba menyembunyikan fakta-fakta tentang apa yang berlaku.
BACA: MH17: Ini info mengenai suspek di sebalik nahas
Presiden Persatuan Waris Mangsa MH17, Piet Ploeg berkata, mereka mengadakan protes tersebut kerana Rusia kurang memberi kerjasama dalam penyiasatan MH17.
“Ini kali ketiga protes ini di sini dan saya fikir ia sangat penting supaya Rusia ambil tanggungjawab kerana tidak bekerjasama dengan siasatan ini.
“Kami tidak menuduh Rusia kerana tembak jatuh MH17, tetapi kami mengadakan protes ini kerana Rusia kurang berkerjasama dalam penyiasatan MH17.
“Kami mahu Rusia bekerjasama dan berhenti menghalang penyiasatan,” katanya.
Astro Awani
Mon Mar 09 2020
Rob Fredriksz, yang kehilangan anaknya, Bryce dan teman wanitanya Daisy, meletakkan tanda -Justice for MH17- di sebelah 298 kerusi kosong yang melambangkan setiap mangsa korban di sebuah taman berdekatan Kedutaan Rusia di The Hague. (Foto AP)
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
MH17: Waris mangsa lancar protes senyap, susun 298 kerusi putih
Menerusi protes berkenaan, mereka meletakkan 298 kerusi putih sebagai simbol jumlah mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan.