awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe Awards

Agensi
Agensi
11/01/2023
03:13 MYT
Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe Awards
Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards. - Gambar AP
NEW YORK: Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.
Pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang berusia 60 tahun itu meraih anugerah berprestij itu hasil keberkesanan lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Michelle menewaskan pencabar-pencabarnya seperti Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).
Sebetulnya, ini merupakan kemenangan pertama Michelle dalam anugerah berprestij ke-80 itu sejak beliau mula menceburi dunia lakonan pada 1983.
Kejayaan merangkul anugerah ini sekali gus menjadi catatan rekod peribadi buat Michelle selepas 40 tahun membina populariti dan pengaruh dalam industri perfileman Hollywood.
Menerusi filem komedi Everything Everywhere All at Once, Michelle melakonkan watak Evelyn Quan Wang, seorang ibu separuh umur yang memiliki pengalaman berpindah lintas semesta untuk menyelamatkan dunia.
Sebaik menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards, Michelle berkata, perjalanan panjang kariernya itu akhirnya diiktiraf dan ia sangat berbaloi.
“Ini perjalanan luar biasa dan perjuangan besar untuk saya berada di sini, tapi rasanya ia berbaloi," kata Michelle.
Menerusi rakaman yang dikongsi di pelbagai akaun media sosial, Michelle menemplak pihak produksi yang cuba ‘memotong’ ucapannya dengan berkata, dia tidak akan melepaskan peluang berkongsi aspirasinya di pentas itu.
“Saya menunggu 40 tahun untuk ini, jadi tunggu sebentar,” ujar Michelle.
Menyelak kembali perjalanan seninya, pelakon masyhur itu menyifatkan apa yang dilaluinya di Hollywood sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.
“Saya ingat pertama kali ke Hollywood dan itu rasanya mimpi jadi nyata. Semua orang berbahasa Inggeris.
“Saya pula menghabiskan masa perjalanan datang ke sini (Hollywood) selama 32 jam dan menghabiskannya dengan belajar bahasa Inggeris! Terima kasih kerana percayakan saya,” sambung Michelle dalam nada terharu.
Congratulations Michelle Yeoh for WINNING Best Actress - Motion Picture - Musical/Comedy win! #GoldenGlobes pic.twitter.com/Y4jlpaDoq7
— Golden Globe Awards (@goldenglobes) January 11, 2023
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#Michelle Yeoh menang Golden Globe Awards
#Golden Globe Awards
#Everything Everywhere All At Once
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan