DUNIA
Microsft umum gangguan perkhidmatan Azure akibat pemotongan kabel dasar laut di Laut Merah

Microsoft telah mengalihkan trafik Azure melalui laluan alternatif, namun ini menyebabkan peningkatan latensi dan kemungkinan gangguan prestasi bagi sesetengah pengguna. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Microsoft mengesahkan bahawa perkhidmatan awan Azure mengalami gangguan akibat beberapa pemotongan kabel dasar laut di Laut Merah, yang menjejaskan sambungan data antara rantau Asia, Timur Tengah dan Eropah.
Ringkasan AI
- Microsoft mengesahkan perkhidmatan awan Azure terganggu susulan pemotongan kabel dasar laut di Laut Merah, menjejaskan sambungan antara Asia, Asia Barat dan Eropah.
- Trafik data dialihkan ke laluan alternatif, menyebabkan peningkatan latensi dan gangguan prestasi bagi sesetengah pengguna.
- Insiden ini menyerlahkan kebergantungan dunia terhadap kabel dasar laut dan keperluan pelan pemulihan rangkaian yang lebih cekap dalam era digital.
“Pemotongan kabel dasar laut mengambil masa untuk dibaiki. Kami akan terus memantau, mengimbangi semula, dan mengoptimumkan laluan trafik bagi mengurangkan kesan kepada pelanggan,” kata Microsoft dalam kenyataan rasmi mereka.
Sebagai langkah sementara, Microsoft telah mengalihkan trafik Azure melalui laluan alternatif, namun ini menyebabkan peningkatan latensi dan kemungkinan gangguan prestasi bagi sesetengah pengguna.
Azure merupakan penyedia awan kedua terbesar di dunia selepas Amazon Web Services (AWS), dan digunakan secara meluas oleh syarikat global untuk aplikasi perusahaan, pembangunan perisian, dan penyimpanan data.
Microsoft turut menasihatkan pelanggan untuk mengikuti notifikasi kesihatan perkhidmatan dan bersedia menghadapi kelewatan berkala sehingga kerja pembaikan kabel selesai.
Gangguan kabel dasar laut bukanlah perkara luar biasa, namun proses pemulihannya sering rumit dan memakan masa.
Kejadian ini sekali lagi menekankan kebergantungan global terhadap infrastruktur komunikasi dasar laut dan keperluan untuk pelan pemulihan rangkaian yang lebih tangkas dalam era digital.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami