Militan Indonesia yang menyokong Daish merancang untuk menyerang pondok polis pada ambang tahun baru menggunakan parang dan pisau, kata jurucakap polis pada Isnin (26 Disember).

Rancangan tersebut telah dilumpuhkan sejurus polis menahan dua suspek di tempat persembunyian mereka.

Polis juga telah menembak mati dua dalang serangan tersebut pada Ahad selepas mereka dikatakan membalas serangan terhadap pegawai polis dengan parang.

“Keempat-empat mereka telah merancang untuk meyerang pondok polis di Purwakarta dan serangan itu adalah pada ambang tahun baru,” jelas Rikwanto, jurucakap pihak polis memberitahu wartawan.

Serangan polis itu dikatakan yang terbaru semenjak beberapa minggu lepas. Polis berkata bahawa serangan berulang yang terjadi, merisaukan masyarakat akan kemunculan militan yang berleluasa di negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Menurut polis, semenjak minggu lepas, sekurang-kurangnya terdapat 14 orang telah disoal siasat mengenai kes rancangan pengeboman bunuh diri yang mensasarkan kediaman Presiden di Jakarta dan di sebuah lokasi sulit.

Kedua-dua kejadian tersebut melibatkan pengebom berani mati wanita, iaitu suatu taktik baru bagi militan Indonesia.

Polis masih menyiasat sama ada militan yang terlibat dengan rancangan serangan pada Ahad itu, merancang untuk menghasilkan bom.

Suspek merupakan ahli Jamaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah kumpulan yang menyokong Daish, namun ia masih tidak jelas sama ada mereka ada berhubung secara langsung dengan Bahrun Naim, seorang militan Indonesia yang telah lari ke Syria dua tahun lalu, jelas jurucakap itu.

Polis berkata bahawa kebanyakan serangan kebelakangan bukan lah didalangi mahupun diinspirasikan oleh Bahrun Naim.

Polis telah menahan berpuluh-puluh suspek militan dalam beberapa bulan kebelakangan termasuklah satu kumpulan di sebuah pulau berdekatan Singapura yang dikatakan merancang untuk menyerang ibu kota Singapura menggunakan roket.

Unit polis elit Indonesia, Densus 88, telah melumpuhkan sekurang-kurangnya 15 serangan pada tahun ini dan membuat lebih 150 penahanan.

Serangan bersenjata dan bom di ibu kota Jakarta pada Januari 2016 telah membunuh empat orang dan serangan pertama di Asia Tenggara sebagai perlakuan Daish.