awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok: British Airways batal berpuluh penerbangan menjelang cuti Easter

Bernama
Bernama
28/03/2023
08:14 MYT
Mogok: British Airways batal berpuluh penerbangan menjelang cuti Easter
British Airways melaksanakan langkah berkenaan selepas 1,400 kakitangan keselamatan Heathrow mengumumkan mereka akan menganjurkan mogok ekoran pertikaian mengenai gaji. -Gambar fail/ Reuters
LONDON: British Airways pada Isnin mengumumkan pembatalan kira-kira 32 penerbangan sehari membabitkan Lapangan Terbang Heathrow London pada permulaan cuti Easter akibat mogok.
Syarikat penerbangan itu melaksanakan langkah berkenaan selepas 1,400 kakitangan keselamatan Heathrow yang merupakan ahli Unite the Union mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan mogok ekoran pertikaian mengenai gaji, lapor Agensi Anadolu memetik laporan.
Mogok bermula pada 31 Mac dan berterusan hingga 9 April.
"Malangnya kami terpaksa membuat sedikit pelarasan pada jadual kami.
"Kami telah memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas dan telah menawarkan mereka pelbagai pilihan, termasuk menempah semula penerbangan baharu dengan kami atau syarikat penerbangan lain, atau bayaran balik.
"Kami tidak akan membiarkan mogok ini memberi kesan kepada percutian penumpang kami," kata jurucakap Heathrow, menurut laporan.
Sementara itu, lapangan terbang itu memaklumkan pihaknya menugaskan 1,000 kakitangan tambahan untuk memberi bantuan kepada penumpang semasa cuti Easter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#London
#British Airways
#mogok
#cuti Easter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan