awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok pekerja masih berlaku di beberapa lapangan terbang utama di Jerman

Bernama
Bernama
25/04/2023
07:36 MYT
Mogok pekerja masih berlaku di beberapa lapangan terbang utama di Jerman
Selepas berbulan-bulan rundingan, satu kejayaan besar dicapai secara kolektif pada hujung minggu. - Gambar fail/ Reuters
BERLIN: Operasi di dua lapangan terbang utama Jerman terjejas teruk berikutan berikutan mogok pekerja sektor awam di seluruh negara minggu lepas.
Pada Isnin, mogok melanda lapangan terbang di Berlin. Sebelum itu mogok berlangsung di Hamburg pada Khamis dan Jumaat.
"Disebabkan kesatuan sekerja dan syarikat dalam industri keselamatan gagal mencapai persetujuan, puluhan ribu penumpang turut terjejas dan ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Lapangan Terbang Jerman (ADV), Ralph Beisel, lapor Xinhua pada Isnin.
Di Lapangan Terbang Hamburg, mogok oleh 300 pekerja menyebabkan pembatalan hampir satu pertiga daripada perlepasan.
Selepas berbulan-bulan rundingan, satu kejayaan besar dicapai secara kolektif pada hujung minggu.
Sejumlah 2.5 juta pekerja sektor awam akan menerima bayaran one off sebanyak EUR3,000 (US$3,300) serta kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus -- atau sekurang-kurangnya EUR340 setiap bulan.
Bagaimanapun, mogok masih berterusan. Industri tenaga masih dilanda pemberhentian kerja manakala kesatuan kereta api telah pun mengumumkan rancangan untuk menghentikan perkhidmatan sekali lagi, kecuali majikan menambah baik tawaran mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#mogok pekerja
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan