awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Molekul semula jadi ditemukan untuk kurangkan jangkitan mulut - Kajian

Bernama
Bernama
30/06/2023
20:20 MYT
Molekul semula jadi ditemukan untuk kurangkan jangkitan mulut - Kajian
Molekul yang dipanggil "3,3'-Diindolylmethane" (DIM), merupakan sebatian toksik rendah yang diperoleh daripada pecahan bahan indole-3-carbinol. - Gambar hiasan
JERUSALEM: Pasukan penyelidik dari China, Singapura dan Israel menemukan molekul semula jadi yang dapat mengurangkan jangkitan mulut dengan ketara, lapor Xinhua memetik kajian yang diterbitkan dalam jurnal Antibiotics.
Molekul yang dipanggil "3,3'-Diindolylmethane" (DIM), merupakan sebatian toksik rendah yang diperoleh daripada pecahan bahan indole-3-carbinol, yang terdapat dalam sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan pucuk Brussels.
Para penyelidik mendapati bahawa DIM mengurangkan biofilm bakteria yang melapisi 92 peratus daripada gigi. Biofilm ini tumbuh dalam suasana mulut lembap dan bergula selepas makan dan menghasilkan plak yang menyerang enamel dan menyebabkan gigi belubang.
DIM boleh ditambah kepada ubat gigi dan ubat kumur untuk membantu mencegah plak dan kaviti gigi, kata para penyelidik.
Kajian terdahulu mendapati DIM mempunyai sifat antikarsinogenik yang boleh membasmi pelbagai pepejal tanpa kesan toksiknya menjejaskan sel normal.
Kajian itu dijalankan bersama oleh penyelidik di Universiti Sichuan di China, National University of Singapore dan Universiti Ben-Gurion di Negev.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#molekul semula jadi
#antikarsinogenik
#sel normal
#sayur-sayuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan