awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2024
01:40 MYT
Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter
Video yang tular di Instagram menunjukkan orang ramai mengumpan air minuman untuk mendapatkan semula telefon bimbit.
NEW DELHI: Terdapat beberapa kejadian di mana monyet yang terkenal dengan tingkah-laku 'nakal' merampas barang peribadi orang ramai yang sedang leka berakhir apabila ia dipulangkan semula atau sebaliknya.
Dalam kejadian sama, seekor monyet telah mencuri iPhone milik seorang lelaki di Vrindavan, Uttar Pradesh, India dan apa yang berlaku seterusnya agak melucukan netizen.
Sebuah video dikongsikan di akaun Instagram mendakwa kejadian itu berlaku di Sri Rangnath Ji Mandir di Vrindavan pada 6 Januari lalu.
Rakaman video menunjukkan dua ekor monyet duduk atas bumbung dan salah seekor daripadanya memegang iPhone milik lelaki tersebut.
Sementara itu, kelihatan orang ramai berkumpul untuk membantu lelaki itu mendapatkan telefonnya semula.
Mereka juga dilihat sedang membuat 'rundingan' dengan monyet tersebut dengan mengumpan dengan sebotol 'Frooti' atau air berperisa mangga kepadanya.
Sebaik sahaja monyet itu mengambil botol minuman, tiba-tiba salah seekor monyet menjatuhkan telefon manakala individu lain dengan pantas menyambut telefon tersebut.
Video kejadian lucu itu dikongsi di Instagram oleh pemilik akaun Vikas dengan kapsyen 'Monyet Vrindavan, iPhone dijual dengan Frooti'.
Video itu tular sehingga mencetuskan komen kelakar dan netizen menyatakan monyet semakin 'bijak' apabila memilih telefon berjenama mahal dan berunding dengan manusia untuk mendapatkan makanan.
Seorang pengguna menulis, 'Ia dipanggil sistem barter' dan pengguna lain menyatakan 'monyet sudah mendapat idea bagaimana mendapatkan makanan'. ketika krisis peningkatan harga makanan global. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#monyet
#iPhone
#makanan
#air minuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan