Membawa muatan kargo berisi bateri ion lithium dianggap sebagai ‘risiko yang tidak boleh diterima’ bagi mana-mana pesawat penumpang komersial.
Kenyataan amaran yang pada awalnya dikeluarkan Boeing itu turut dipersetujui pakar material berbahaya dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Angela Stubblefield.
“Terdapat bukti kini bahawa material tersebut boleh menyebabkan letupan dan kebakaran yang mampu memusnahkan pesawat . Ia selaras dengan amaran yang dikeluarkan Boeing kepada semua syarikat berkenaan pada Julai yang menyatakan bahawa muatan bateri merupakan risiko kepada anak kapal dan penumpang,” ujar kenyataan FAA itu.
Sementara itu, Airbus juga mengeluarkan amaran seumpamanya yang menyarankan pengendali penerbangan menjalankan penilaian risiko penuh mengenai muatan bateri berkuantiti tinggi dalam kargo.
Kod amaran Boeing itu telah dikeluarkan untuk memberitahu semua syarikat penerbangan mengenai masalah keselamatan baharu.
Secara spesifik, amaran Boeing itu menyatakan bahawa "bateri dan sel ion lithium berkepadatan tinggi tidak boleh dibawa dalam kargo pesawat penumpang sehingga ditemukan kaedah pengangkutan yang lebih selamat ditetapkan dan diikuti".
Boeing juga antara lain dalam penyelidikannya telah menjalankan simulasi komputer yang menjejak misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Penyelidikan itu adalah usaha untuk membantu siasatan teknikal yang berdasarkan fakta dan bukannya konspirasi.
Salah satu senario yang diambil kira dalam simulasi itu adalah sama ada pesawat itu mengalami kebakaran di bahagian kargo yang berpunca daripada bateri ion lithium.
Selain itu, antara faktor lain yang diberi perhatian adalah mengenai lokasi muatan, perlindungan kebakaran di kargo, profil penerbangan, tekanan dan juga pemeriksaan keselamatan tentang kualiti bateri itu sendiri.
Kedudukan muatan bateri tersebut dalam kargo juga perkara penting kerana sekiranya benar bahan itu terbakar, ia melibatkan pula aspek aliran udara dan gas dalam pesawat yang boleh menjejaskan juruterbang serta penumpang.
Ujian daripada pihak FAA juga menunjukkan bahawa sedikit bateri yang terlebih panas boleh membebaskan gas yang menyebabkan letupan dan kebakaran yang tidak boleh dihalang sistem penghadang api.
Teori itu disokong seorang pakar sains dan pengeluaran bateri ion lithium Dr Victor Ettel yang berkata, saiz dan kepadatan komponen bateri dalam jumlah tertentu sudah cukup untuk mengakibatkan kebakaran kritikal.
Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dijadual akan membincangkan soal keselamatan penghantaran bateri dalam pesawat di Montreal, Kanada akhir bulan ini.
Astro Awani
Fri Oct 16 2015

Boeing juga menyatakan bahawa "bateri dan sel ion lithium berkepadatan tinggi tidak boleh dibawa dalam kargo pesawat penumpang sehingga ditemukan kaedah pengangkutan yang lebih selamat ditetapkan. - Gambar Fail

Diddy didakwa pecah pintu rumah Cassie Ventura dengan tukul besi
Insiden itu berlaku selepas Combs didakwa menyerang Ventura di lobi Hotel Intercontinental.

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib sudah jumpa, dron dan kamera lesap
Toyota Alphard milik Ustaz Firdaus Firabib yang hilang pada Sabtu telah ditemukan di Bukit Merah, Perak.

Lelaki ditahan rosakkan kuil hindu, suspek dakwa dengar 'bisikan'
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk dan merosakkan struktur logam yang dikenali sebagai sullam di sebuah kuil Hindu di Taman Sri Ampang, di sini, pagi Isnin.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.

Muatan bateri lithium berisiko bagi pesawat penumpang - FAA, Boeing
Kenyataan amaran yang pada awalnya dikeluarkan Boeing itu turut dipersetujui pakar material berbahaya dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Angela Stubblefield.