DUNIA
Mufti Menk perjelas isu halau individu dari masjid, gesa agar tidak normalisasikan kandungan demi tontonan

Tular di media sosial rakaman seorang individu dilihat dihalau keluar dari sebuah masjid di Sheffield, UK selepas mengajukan soalan kepada Mufti Menk.
Pendakwah terkenal, Ismail Menk atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk tampil memberi penjelasan berkenaan insiden kekecohan di sebuah masjid baru-baru ini selepas rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial.
Ringkasan AI
- Mufti Menk menegaskan tidak memanggil pihak berkuasa atau mengusir sesiapa semasa insiden tular di masjid Sheffield.
- Individu terbabit bangun ketika ceramah dan didakwa sengaja mencetuskan provokasi demi tontonan dan agenda tertentu.
- Mufti Menk menyeru agar masjid kekal sebagai ruang ibadah yang tenang, tanpa gangguan yang boleh menimbulkan reaksi jemaah lain.
Beliau menjelaskan individu terbabit duduk di bahagian tengah masjid dan bangun bersama rakannya, dipercayai bagi tujuan merakam kandungan untuk media sosial.
“Adakah ini satu bentuk penciptaan kandungan demi tontonan, ‘likes’ dan agenda tertentu? Adalah ia satu kaedah baharu berdakwah?
“Difahamkan dia sering melakukan perkara ini terhadap tetamu. Saya tidak mahu mendedahkannya lebih jauh, kerana dia juga mempunyai sejarah yang cukup bermakna dalam kehidupannya. Semoga Allah memberkatinya,” katanya lagi.
Mufti Menk dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak menormalisasikan perlakuan sedemikian di masjid kerana bimbang ia boleh mencetuskan reaksi yang berbeza daripada jemaah lain.
Terdahulu tular rakaman seorang individu dilihat dihalau keluar dari sebuah masjid di Sheffield, United Kingdom selepas mengajukan soalan kepada Mufti Menk.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami