awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKM Selangor siasat aduan taska tidak ikut SOP, dera kanak-kanak
Israel berterusan serang Gaza ketika gencatan senjata masih berkuat kuasa
Feri percuma sempena Thaipusam pada 31 Jan, 1 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah

Bernama
Bernama
21/01/2026
09:00 MYT
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
Sabri (kiri) dan Chegubard. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Laksamana Madya Datuk Sabri Zali telah memfailkan saman fitnah terhadap aktivis politik Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, atas dakwaan mengaitkan beliau dengan isu salah guna kuasa dan rasuah.

Ringkasan AI
  • Laksamana Madya Datuk Sabri Zali memfailkan saman fitnah terhadap aktivis politik Chegubard berhubung dakwaan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa yang mengaitkannya.
  • Pernyataan fitnah yang dikeluarkan oleh Chegubard di media sosial menyebabkan reputasi Sabri terjejas secara serius dan tidak dapat dipulihkan.
  • Sabri menuntut pengisytiharan kenyataan fitnah, perintah mahkamah untuk menghentikan penerbitan lanjut, dan ganti rugi atas reputasi serta penderitaan yang dialaminya.

Peguam Muhamad Firdaus Jumaludin, yang mewakili Sabri selaku plaintif, berkata saman itu difailkan hari ini di Mahkamah Tinggi di sini berikutan tiada respons daripada pihak Chegubard berkaitan surat tuntutan agar beliau menurunkan segala pernyataan fitnah yang telah dibuat.
"Pernyataan-pernyataan itu adalah tidak benar, mengelirukan dan berbaur fitnah menyebabkan kerosakan reputasi serius terhadap plaintif yang tidak boleh dipulihkan melalui penjelasan awam semata-mata.
"Laksamana Madya Datuk Sabri tidak pernah didakwa, disabitkan atau didapati bersalah atas sebarang kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau salah laku seperti dinyatakan oleh defendan dalam kes ini... dakwaan ini adalah tidak benar dan boleh memesongkan persepsi orang ramai terhadap sumbangan beliau sebagai pegawai kanan tentera," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, sekitar Julai 2024 hingga Disember 2025, defendan didakwa menerbitkan secara berulang pelbagai kenyataan bertulis, visual dan rakaman video di media sosial yang menuduh plaintif sebagai seorang pegawai kanan tentera yang kononnya terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa, tidak berintegriti serta tidak layak memegang jawatan kepimpinan tertinggi ATM.
Sabri, yang juga Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, berkata kesemua tuduhan itu adalah palsu, tidak berasas dan bersifat fitnah, dibuat tanpa sebarang keputusan mahkamah, pendakwaan atau pengesahan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau mana-mana pihak berautoriti.
Menurut plaintif, Chegubard sendiri mengakui bahawa dakwaan itu bersumberkan dokumen yang diperoleh daripada pihak yang tidak dikenali, tanpa sebarang proses pengesahan atau verifikasi yang sah.
Plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu telah disiarkan secara meluas dan berulang sehingga menimbulkan persepsi awam bahawa beliau adalah seorang pegawai kanan tentera yang korup, tidak amanah serta menjadi ancaman kepada keselamatan dan kepentingan strategik negara.
Beliau mendakwa Chegubard juga secara terbuka mengakui niatnya untuk menggagalkan pelantikan plaintif sebagai Panglima Tentera Laut sekali gus membuktikan bahawa penerbitan itu dibuat dengan niat jahat dan bukan demi kepentingan awam.
Akibat penyiaran fitnah itu, Sabri mendakwa reputasi, maruah, kredibiliti profesional serta integritinya telah terjejas dan oleh itu, beliau menuntut pengisytiharan bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah fitnah, perintah mahkamah supaya penerbitan lanjut dihentikan serta ganti rugi yang wajar atas kerosakan reputasi dan penderitaan yang dialami.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chegubard
#Sabri Zali
#skandal rasuah tentera
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan